Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Tag Berantai : Jom Berkenalan

Tentang Blog aynorablogs.com.. ada blogger tag saya untuk join entri menarik ni, tapi saya lupa blogger yang mana satu (maaf ya, my mistake). Kalau blogger tersebut ada baca, tulis kat komen ya. Tajuk entri adalah - Tag Berantai : jom berkenalan. Mehlah korang semua berkenalan dengan Aynorablogs.Com! Hehe 😅 Izinkanlah aynorablogs.com mendonia!!

Nak tengok info grafik aynorablogs.com ada di bawah sekali. Infografik yang dijana dari ChatGPT, kadang buat kita tersenyum, adakala buat kita geleng kepala. Betul ke info ni semua? Korang baca je, percaya jangan! Yang paling tepat warna purple tu dengan keywords - Inspirasi.  

Tag Berantai : Jom Berkenalan Dengan Aynorablogs.Com


Salam perkenalan dihulur kepada pembaca lama dan baru blog picisan ini. Anda amat dialu-alukan untuk sentiasa buka dan baca blog saya sebagai satu sumber inspirasi kepada saya sendiri bagi memperbaiki konten blog, label yang sesuai dan santai sesuai untuk semua.

Cara Nak Menyertai Tag Berantai : Jom Berkenalan 


Korang nak join tagging berantai ni tak? Menarik tauuu.. . Okay, ini langkah-langkahnya:

1.Login akaun ChatGPT anda
2.Upload gambar anda
3.Taip:

"Knowing everything you know about from my blog (tulis nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style."

4.Tekan ENTER untuk generate image
5.Save gambar dan post di blog masing-masing

Tadaaa... inilah infografik aynorablogs.com. Yang sederhana seadanya.

Tag Berantai : Jom Berkenalan Dengan Aynorablogs.Com

Review Infografik Yang Dijana Dari ChatGPT


1. Background dan main color warna purple - inilah warna kesukaan saya yang utama
2. Kebanyakan keywords yang timbul - Inspirasi. Ya.. saya suka menulis blog untuk memberikan inspirasi & sebanyak banyak manfaat kepada orang lain.  
3. Aynorablogs tagline - Inspirasi, Gaya Hidup (lifestyle), Alam, Keusahawanan (Bisnes) yang dijana ChatGPT macam menarik, tetapi saya tak pandai bisnes tapi pandai shopping je.. hehe
4. Gaya Hidup Sederhana - itulah saya.. orang kata hidup memang sederhana, impian kena terbang tinggi!
 
Aynorablogs - Hidup ringkas, hati ikhlas, usaha berterusan - rezeki mengalir! 

Edit >>> Maafkan saya, terlupa nak tag rakan blogger.. 😅😅 , saya tag :-

  1. Hasrulhassan
  2. Sislin76
  3. Mialiana

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. dah tgk 2 entry pasal ni. cute sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Salam kenal, meh la meriahkan tag berantai ni

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.