Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

2 Jun 2026 Ganti Cuti Hari Wesak

Kerajaan Setuju 2 Jun 2026 Ganti Cuti Hari Wesak. Kerajaan bersetuju memberikan kelepasan am sempena sambutan Hari Wesak pada 31 Mei dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun ini.

2 Jun 2026 Ganti Cuti Hari Wesak

Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Hari Keputeraan Rasmi Agong merupakan antara lima cuti umum wajib yang perlu diberikan majikan kepada pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum, mereka perlu memberi cuti pada 1 Jun sebagai cuti Hari Keputeraan Agong yang tidak boleh diganti, manakala 2 Jun pula menjadi cuti gantian bagi Hari Wesak.

Maka, pada hujung bulan Mei ada hari raya haji dan bagi yang ambil cuti mulai 28 Mei boleh terus dapat cuti tambahan percuma sampai lah 2 Jun 2026 yang jatuh pada hari selasa.
 
Semoga bermanfaat.

#Sumber - Harian Metro, Astro Awani

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments