Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Panduan Log Masuk Tunggal MyJPJ Melalui Mydigital ID

Panduan Log Masuk Tunggal (Single Sign-On) MyJPJ Melalui Mydigital ID. Panduan log masuk yang dikongsikan oleh pihak JPJ boleh anda lihat dari FB rasmi JPJ.

PELAKSANAAN LOG MASUK TUNGGAL (SINGLE SIGN-ON) MYJPJ MENGGUNAKAN MYDIGITAL ID BERKUAT KUASA 1 MEI 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah melaksanakan sepenuhnya sistem log masuk tunggal (Single Sign-On) bagi Aplikasi Pintar MyJPJ menggunakan MyDigital ID berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026. 

Pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam yang bertujuan memperkukuh tahap keselamatan siber, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta memudahkan akses pengguna kepada pelbagai perkhidmatan JPJ melalui satu identiti digital yang sah dan diiktiraf.

Panduan Log Masuk Tunggal MyJPJ Melalui Mydigital ID

Bermula (1 Mei 2026) , MyJPJ beralih ke Log Masuk Tunggal (Single Sign-On) menggunakan MyDigital ID

✔️ Akses lebih mudah dan pantas melalui satu identiti digital
✔️ Akses terhad kepada peranti yang disahkan
✔️ Pengesahan biometrik bagi memastikan keselamatan pengguna

Aktifkan MyDigital ID anda sekarang. Rujuk gambar di atas untuk lebih jelas.

Gagal Log Masuk?


Pihak JPJ mengeluarkan panduan log in setelah timbul isu gagal LOG IN dari pengguna MyJPJ secara atas talian. RUJUK GAMBAR DI BAWAH.

Panduan Log Masuk Tunggal MyJPJ Melalui Mydigital ID

Saya kongsikan dalam blog sebagai langkah peringatan dan rujukan diri sendiri di masa akan datang. 

Bagi korang yang serupa macam saya, asyik lupa nak log in ke applikasi myJPJ terutama untuk renew lesen, bolehlah korang simpan gambar panduan di atas.

Semoga bermanfaat.

#Nota Tambahan:

1.Sistem online sepenuhnya ini mendapat bantahan dari pelbagai lapisan masyaralat terutama warga emas yang kurang faham dengan applikasi digital. 
2. Mereka menggesa JPJ mengembalikan sistem manual lama yang menggunakan kad. 

Sumber - FB Jabatan Pengangkutan Jalan

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments