Analisa Pengunjung Blog Terbanyak Dari 10 Negara. Dah lama tak screen short siapakah pengunjung terbanyak di aynorablogs.com. Maksudnya, pengunjung dari negara manakah yang ramai singgah di blog saya? Walaupun mungkin mereka tersesat.. tetapi data tetap ada dan boleh disimpan sebagai kenangan dalam kita berblog.


Dari negara manakah mereka datang?


Data diambil/ screen short pada pukul 2.30 petang, 23/5/2026, iaitu data untuk tempoh 24 jam yang lepas. Berdasarkan data di atas, pengunjung paling ramai datangnya dari Singapura iaitu sebanyak 50.78%. Kemudian diikuti oleh US dan Malaysia jatuh di tempat ke 3 dengan jumlah pengunjung seramai 4,428 orang.
Namun bersyukurnya saya kerana banyak pengunjung dari negara ASEAN yang singgah di blog iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei. Secara umumnya, mereka adalah negara yang turut menggunakan bahasa yang hampir sama dengan kita. Itu sebab kehadiran mereka dalam blog adalah untuk mencari info yang mudah difahami dan dekat dengan budaya mereka.
Semoga kehadiran pengunjung blog dari pelbagai negara di dunia ini dapat membantu menyebarkan info yang bermanfaat kepada medium yang lebih luas dan besar.
Hidup usah mengalah, Aynora.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.