Ya Allah, Binakan Aku Istana Di Dalam SyurgaMu. Inilah Permohonan dan rayuan seorang hamba, yang tak henti-henti. Walau bulan berlalu, tahun bertukar tahun, yang muda pun dah beralih tua.. itulah juga harapan kami untuk menjadi hamba yang dikasihi oleh TuhanNya.. Ya Allah terimalah kami memasuki syurgaMu, diterima menjadi ahli syurga, seperti doa-doa orang yang terdahulu daripada kami.

Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali setiap hari, merupakan amalan yang sangat besar ganjarannya. Berdasarkan hadis sahih, ganjarannya ialah Allah akan membina sebuah istana untuknya di dalam syurga.
Dengan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 10 kali setiap hari.
1. Istana di Syurga: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca sepuluh kali surah Al-Ikhlas, maka Allah akan membangunkannya sebuah istana di dalam syurga." (HR Ahmad).
Mohonlah untuk menjadi ahli syurga sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga akan berkata: "Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga." MashaAllah, tabarakallah..

Ya Allah, Binakan Aku Istana Di Dalam SyurgaMu
Sebelum itu mintalah untuk Allah terima kita masuk ke syurgaNya. Dan, sesudah itu, mohonlah istana di dalam syurga.
Bagaimana caranya?
Keistimewaan dan ganjaran amalan ini bersandarkan hadis berikut:
1. Istana di Syurga: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca sepuluh kali surah Al-Ikhlas, maka Allah akan membangunkannya sebuah istana di dalam syurga." (HR Ahmad).
2. Perlindungan daripada Syaitan: Terdapat juga riwayat yang menyebutkan fadhilat membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali selepas solat Subuh, di mana ia dapat memelihara diri daripada diperdaya oleh syaitan.
Semoga kita tidak terlepas atau terlupa dari meminta kepada Allah, untuk diterima menjadi ahli syurga, walau jalannya tentu tidak mudah dan penuh liku.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






1 Comments
Terimakasih sharing nya kak ❤️❤️. Saya belum rutin lagi mengamalkan surah Al ikhlas ini setiap hari ... Nanti nak mulai lah , pelan2 membaca Al ikhlas setiap hari 10x.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.