Beads & Charm Pengganti Simpanan Tunai Semakin Bertambah. Saya ada satu peel atau perangai yang agak pelik iaitu tengok live jual emas ketika bosan melanda. Tengok orang jual emas adalah salah satu terapi buat saya. Jika stress di tempat kerja, balik rumah selepas siap kerja dapur, saya akan tengok orang jual emas secara live. Tumpuan utama saya adalah Habib Jewels live. Sampai ralit tengok mereka review emas. Hehe.





Saya ada beli ke bila tengok live session tu? Mestilah ada... tapi bukan selalu. Kalau rekaan cantik, harga pun okay. Saya akan sambar satu.
Kebiasaan, saya akan beli online dengan tambahan voucher & free shipping. Dapat lah jugak harga yang murah sikit.


Dari situ, bermulalah projek simpanan bead saya dan rakan-rakan sebagai alternatif untuk membuat simpanan. Baca sebelumnya >>>>> Simpan beads & charm 916
Koleksi Beads & Charm Pengganti Simpanan Tunai Semakin Bertambah
Beberapa bulan lepas ketika raya tahun baru cina, kami semua ada menerima duit angpao daripada consultant / kontraktor. Jumlahnya dalam RM300 gitu. Oleh kerana tak ada apa-apa nak beli dengan duit tersebut. Maka seorang rakan sekerja ajak kita orang buat simpanan emas setiap bulan.
Bermulalah kami secara displinnya beli emas - dalam bentuk bead atau charm sebagai ganti simpanan tunai. Anggaran harga seketul bead @ charm adalah sekitar RM276 - RM650 untuk berat tertentu. Minima berat bead saya adalah 0.25 gram. Dan kini, jumlah bead & charms 916 saya telah bertambah.



Bagaimana bermula? Kita mulakan dengan mencari bead @ charms yang harganya di bawah RM300. Bead boleh beli di mana-mana kedai emas offline atau online. Di Habib Jewels pun ada menjual bead dan charms ni, tetapi harganya agak mahal disebabkan mutu rekaan yang cantik maka upah pun mahal!
Maka, carilah kedai emas yang tidak popular sangat asalkan dapat mula buat simpanan bead kita 👍🎈, make sure uols dapat emas original ya, baca review dulu jika nak beli emas online.
Sehingga kini, koleksi charms dan bead saya sudah cecah 13 ketul. Oleh kerana bead dan charms tu tak ada tempat nak letak, saya beli satu rantai tangan PDR yang sesuai untuk bead tersebut. Semua simpanan emas ni adalah dalam mutu emas 916.
Kalau korang nak buat simpanan emas melalui bead & charms, korang mestilah kena displin dan kuat semangat. Lagi satu, mesti ada simpanan tunai yang sedia digunakan serta merta apabila berlaku kecemasan.
Membuat simpanan dengan menggunakan emas ni ada risikonya juga. Jadi, mesti bersedia dengan pelan tambahan lain jika diperlukan.
P/s : Saya kuat berangan dan menyimpan impian untuk membuka kedai emas satu masa nanti. Bermimpi dan berangan kan free, tak kena bayar 😂🤭
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.