Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Giliran Si Adik Pula Interview Ijazah Perubatan

Giliran Adik Pula Interview Ijazah Perubatan. Ini adalah interview saringan untuk medical degree & surgery (MBBS) dari universiti awam.  Sebelum ini saya ada share sedikit tentang anak sulung saya yang telah tamat Ijazah kedoktorannya. Kali ini si adik pula yang juga mahu jadi doktor, telah menerima panggilan interview dari 3 universiti awam. 

Panggilan interview ini susulan daripada anak saya mengisi permohonan UPU atas nasihat kaunselornya di Kolej Matrikulasi Johor. Semua dia pulun medical degree. 3 universiti telah memanggil interview dan satu lagi belum menerima jawapan.

Giliran Si Adik Pula Interview Ijazah Perubatan

Giliran Adik Pula Interview Ijazah Perubatan


Interview ijazah perubatan & pembedahan yang diterima adalah daripada:

1. UKM - secara online
2. UITM - secara bersemuka
3. UNISZA - secara online

Belum dipanggil / KIV :
1. UM

Surat Tawaran Temuduga Saringan Ijazah Perubatan & Pembedahan


Di bawah ini adalah antara senarai universiti awam yang telah mengeluarkan surat panggilan temuduga.

1. Universiti Kebangsaan Malaysia UKM)



2. Universiti Teknologi MARA (UITM)



3. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)



Sebenarnya anak kedua saya ini pun nak ikut jejak abangnya pergi ke luar negara. Tetapi kami berpesan kepadanya memandangkan keadaan politik dunia sekarang ni yang tak menentu, kami nasihatkan dia untuk hadiri dan jalani interview2 tersebut,. Maka, bila diberikan penerangan terperinci, beliau bersetuju untuk melalui temuduga-temuduga tersebut. 

Walaupun interview secara online, syarat dan protokol yang harus dipatuhi pun sama seperti interview secara bersemuka. 

Tarikh setiap interview tersebut adalah berbeza-beza. Jadi, ia tidaklah menjadi tekanan kepada anak kedua saya ini untuk membuat persediaan.

Untuk sekadar info, kedua-dua anak bujang saya adalah kelahiran sekolah berasrama, MRSM. Jadi jika ada yang skeptikal terhadap budak asrama.. mereka sebenarnya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jika betul jalannya dan teguran dari ibu bapa, anak anda akan berjaya juga menggapai impian masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget


Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>