Mood Dalam Jammed, Apa Boleh Buat? Apa ya saya buat dalam kereta bila tengah jem? Baru teringat, saya suka belek keychain yang tergantung dekat cermin depan. Hehe.. Inilah lagi satu tabiat saya ketika tengah drive adalah bermain dengan keychain yang tergantung dalam kereta. Apa yang saya gantung agaknya ya?

Mood Dalam Jammed, Apa Boleh Buat?
Mood dalam jammed mestilah tak best, kan? Terperuk je, lebih-kebih lagi bila kita tengah drive sorang-sorang terutama nak pergi kerja. So, apa saya buat? Saya belek dan main-main dengan keychain yang tergantung dalam kereta.
Apa yang saya ralit sangat dengan keychain yang tergantung tu? Apa yang saya gantung dalam kereta?
1. Keychain ikan - dari Jepun
2. Tasbih dengan keychain gambar Mekah - dari Mekah
3. Surah ayatul Kursi - beli sendiri


Saya gantung ketiga-tiganya sekaligus. Itu yang buat ralit tu.. haha, kemudian keychain tu ada bunyi dan cute sangat. Dapat lah sikit-sikit hilangkan boring dan naikkan mood.
Selain itu, pasang USB pendrive ayat al Quran yang ada 30 juzuk tu. Rasa-rasa nak dengar al-Waqiah, kita tekan je. Dapatlah tambahkan ayat yang boleh dihafal. Kalau nak dengar doa-doa, kita tekan koleksi doa.
Begitulah masa dihabiskan dalam kereta bila tengah jammed. Bayangkan jammednya pulak hampir 4 jam!! Stress ke tak?
Walau apa pun, kita kena sabar, kreatif cari idea nak hilangkan bosan dan tetap menunggu dengan harapan jammed cepat habis dan kita boleh bergerak ke destinasi yang nak dituju.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.