
Apakah Amalan Zikir Selepas Wuduk?
عَنْ عُمَرَ بنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَن النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْكُم مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ- أَو يُسْبِغُ- الوُضُوءَ، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدَهُ وَرَسُولُهُ، إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الجنَّةِ الثَّمَانِيةُ، يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ
Selepas wuduk lalu mengucapkan,
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدَهُ وَرَسُولُهُ
(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya), melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk dari mana-mana pintu yang dia kehendaki." (HR Muslim No: 234) Status Hadis Sahih.
Wuduk Dan Amalan Zikir Selepasnya
1. Wuduk adalah ibadah yang agung, bukan sekadar membersihkan anggota zahir, tetapi juga rohani.
2. Menyempurnakan wuduk melibatkan kesempurnaan membasuh semua anggota wajib. Dilakukan dengan tertib dan penuh adab, tidak sambil lewa dan dengan niat yang ikhlas, serta dilakukan mengikut sunnah Nabi SAW.
3. Zikir selepas wuduk sangat besar fadilatnya, jangan ditinggalkan walaupun amalan itu kelihatan ringan.
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدَهُ وَرَسُولُهُ
Maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.
4. Hadis ini mengajar kita bahawa "Setiap kali kita berwuduk dengan sempurna dan mengucapkan dua kalimah syahadah selepasnya, kita sedang mengetuk pintu syurga dan Allah akan membukakannya semua. Amalan ini ringan dan mudah dilakukan selepas setiap wuduk. Maka, jangan sia-siakan peluang keemasan ini dalam rutin harian kita.
5. Kesempurnaan wuduk inilah yang menjadi sebab kepada ganjaran besar yakni dibukakan semua pintu syurga. Mengikut Imam al-Nawawi, kesempurnaan wuduk menjadi sebab pengampunan dosa dan tingginya darjat seseorang.
6. Wuduk dalam Islam bukan sekadar membersihkan anggota badan, tetapi ibadah yang menyucikan jiwa, zahir dan batin serta menjadi jalan menuju syurga Allah SWT.
Maka, amalkanlah zikir selepas wuduk yang dianjurkan seperti di atas sebagai permulaan jalan kita menuju ke syurga, melalui wuduk, zikir dan solat yang khusyuk dan diterima di sisiNya.
6. Wuduk dalam Islam bukan sekadar membersihkan anggota badan, tetapi ibadah yang menyucikan jiwa, zahir dan batin serta menjadi jalan menuju syurga Allah SWT.
Maka, amalkanlah zikir selepas wuduk yang dianjurkan seperti di atas sebagai permulaan jalan kita menuju ke syurga, melalui wuduk, zikir dan solat yang khusyuk dan diterima di sisiNya.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.