
Berhijrah bukan kerana kita luka, hijrah bukan kerana kita telah lama kecewa.. hijrahlah kerana kita memang kena berubah. Hijrah kerana kita mahu menjadi sisi yang lebih baik dari sebelumnya.

SALAM MAAL HIJRAH!! Hijrah bukan hanya berpindah tempat TETAPI melepas dan melupakan kecewa dan luka juga salah satu hijrah yang terbaik.
Berhijrah Ketika Kecewa Dan Luka
Kenapa masih disitu jika kecewamu semakin dalam. Kamu disakiti oleh mereka yang sentiasa di sisi, yang ditemui setiap hari, yang kamu terpaksa berdepan setiap masa.
Kamu mula berdendam mengenang perbuatan mereka. Kamu mula menyimpan niat untuk membalas perbuatan mereka. Maka.. beterusanlah kecewamu dan luka pun semakin parah.
Dan sebenarnya.. kamu akan lebih tenang jika memaafkan. Kamu akan lebih bahagia jika melupakan. Dan kamu tidak akan tersekat lagi di situ dengan sisa-sisa luka. Berhijrahlah, kamu tidak akan menyesal. Ketika kecewa dan lukamu masih berbekas, ambil langkah menjauh. Tinggalkan kecewa dan lukamu dimamah masa. Bawa diri dan jiwamu yang baru ke dunia nyaman.
Hijrahlah ketika kecewa dan luka
Dari sekian banyaknya manusia di dunia, yang paling pantas untuk engkau nasihati, kau ingatkan dan perbaiki adalah dirimu sendiri! Di saat kamu kecewa dan luka, pergilah ke tempat baru di mana kamu akan diterima dan dihargai sewajarnya. Di waktu itu, rawatlah luka dan kecewa itu dengan tidak berhenti mengingati RabbMu. Biar menjauh dari luka dan kecewa asalkan kamu semakin dekat dengan Yang Maha Pengasih kepadamu tanpa berbelah bahagi.
Jangan sampai kamu menghapus luka hinggakan meluputkan rasa percaya pada dirimu sendiri. Hanya kamu saja yang mengenali dirimu, bukannya mereka yang menabur luka dan menebar kecewa.

Akhirnya, dalam proses berhijrah demi membasuh luka dan merawat kecewa, kamu harus DIAM.
Sesiapa yang mendengar sesuatu ucapan yang dia benci, lalu diam tidak membalas, maka terputuslah dia darinya perkara yang dia benci tersebut. Namun jika dia membalasnya, Maka dia akan mendengar lebih banyak lagi hal-hal yang dia benci!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.