Pokok Bunga Kertas Tiga Warna Siap Tanam Dalam Pasu

Aynora
By -
1
Pokok Bunga Kertas Siap Ditanam Dalam Pasu. Alkisah pokok bunga kertas yang dibeli minggu lepas dah selamat di pindahkan ke dalam pasu. Dalam pasu besar tu, saya tanam ketiga-tiga pokok bunga kertas tu. So, dalam satu pasu ada 3 warna.. hehe, saja buat kajian samada dia boleh hidup atau tidak. Kisah saya beli pokok bunga kertas 3 warna di sini

Tiga warna bunga kertas yang saya pilih untuk di tanam dalam satu pasu adalah dari warna oren, merah dan putih. Semoga warna warni ceria ni akan nencantikkan lagi laman comel rumah kami.

Pokok Bunga Kertas Tiga Warna Siap Tanam Dalam Pasu

Pokok Bunga Kertas Tiga Warna Siap Tanam Dalam Pasu

Pokok Bunga Kertas Siap Ditanam Dalam Pasu


Sekali pandang cantik pulak gabungan ketiga-tiga pokok bunga kertas @ bougenvilla tu. Nampak segar je..

Pokok Bunga Kertas Tiga Warna Siap Tanam Dalam Pasu

Pokok Bunga Kertas Tiga Warna Siap Tanam Dalam Pasu

Pada awalnya tak berniat nak pokok bunga kertas, dan saya tak berapa suka dengan bunga kertas. Tapi satu hari tu, tukang kebun syarikat tebang dan trim semula pokok bunga kertas di sekeliling opis. Ada banyak batang bunga kertas yang dibuang. Ramai rakan pejabat yang bawak balik, maka saya pun terjebak sama..

Pokok bunga kertas senang dijaga?


1. Keperluan cahaya - pokok bunga kertas perlu di tanam di bawah cahaya matahari terus, dan tidak sesuai di tanam di dalam kawasan indoor

2. Air mencukupi - pokok bunga kertas @ bougenvilla tidak perlu kepada air yang banyak. Tetapi pastikan tanahnya cukup kering sebelum siraman berikutnya. Senang cerita, kalau permulaan tanah tu dah kering, baru siram.

3. Cantas ranting setelah berbunga - bila pokok bunga kertas dah lepas berbunga, cantas ranting dan daun-daun kering yang dah rosak. Dari itu, ranting baru akan tumbuh dan bunga kertas akan berbunga baru dengan cantik.

4. Baja yang sesuai - semua pokok pun perlukan baja untuk subur dan pembungaan. Maka, gunakan baja yang sesuai untuk dapat bunga yang cantik dan segar.

Dari gayanya, pokok bunga kertas memang mudah dijaga. Biarkan beberapa hari tidak di siram pun tak mengapa. 

Marilah kita cantikkan taman kecil kita dengan tumbuhan dan tanaman yang boleh memberi manfaat dan keceriaan kepada seisi rumah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Cantikk bunga ni. Ada kaler pink, kuning dan putih. Nampak segar. 👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!