

Sedikit info dari Wikipedia, ---- Pokok bunga kertas (atau disebut juga Bougenvilla) sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan laman hiasan. Semasa pokoknya berbunga, kebiasaannya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang menarik. Hmm... patutlah bunga kertas di rumah saya ni tinggal bunganya je, daunnya luruh habis.
Beli Anak Pokok Bunga Kertas 3 Warna
Anak pokok bunga kertas tu bukan 3 warna sekaligus, tetapi 3 pokok yang berlainan warna. Iaitu warna merah, putih dan kuning. Harap tumbuh suburlah pokok bunga kertas tu nanti. Sekarang ada juga tanam pokok bunga kertas tetapi daunnya gugur berguguran. Tinggal bunganya saja..


Antara pokok bunga kertas yang saya beli adalah dari warna bunganya putih, kuning dan merah. Meriah nanti kalau tiba musim berbunga dia.


Kami angkut pokok-pokok bunga kertas tu guna my Black Knight 😅😅, muat pulak semua benda dalam bonet tu. Antara item lain yang kami beli adalah 10 beg tanah merah, tanah subur 5 bag dan pasu putih 2 biji.
Tunggu hujung minggu ni saya kerjakan. Dah ada plan nak tanam dan alihkan pasu yang tak digunakan lagi. Kita ganti pokok dan pasu baru.
Semoga Allah mudahkan semuanya, hendaknya istiqamahlah saya dengan usaha berkebun ni.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Wow! peminat bunga kertas ..ni geng saya..roger2 lah bunga kertas tempat saya.Memang happy melihat berbagai bunga kertas ni..tempat saya dah lebih 100 spesis Bkertas dian ya
ReplyDeleteSaya nak folllow, tak jumpa, saya linkkan ya..
ReplyDeleteRajinnya..dan pasti tumbuh bunga tu dengan siraman kasih sayang..best ada bunga kertas..tak cerewet,,selang dua hari siram..bukan setiap hari siram..cukup sekali dah cukup, dan segar hingga dua hari jika tak kemarau melampau..
ReplyDeletehttps://madey09.blogspot.com/2026/06/ramah-mesra-blog-maya-pilihan-jun-2026.html
ReplyDeleteTerima kasih Etuza untuk semua komen2 yg positif
ReplyDeleteAynora bleh geng dengan Cikgu Etuza ni....dia pun banyak koleksi pokok bunga kertas...macam- macam ID ada...
ReplyDelete