Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Aynora
By -
10
Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar. Semenjak saya dah pandai sikit tanam pokok, saya sering beli pokok secara online. Samada lepas beli tu pokok-pokok akan hidup atau mati, itu cerita lain. Yang penting saya pantang teringat nak beli pokok tertentu, saya akan beli. Lagi satu, bila orang jual pokok secara online.. saya lah salah sorang peminat mereka. Rasa tenang je tengok pokok-pokok yang menghijau tu..

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar


Kebanyakan pokok yang dibeli adalah dari jenis pokok landskap dan juga pokok buah-buahan yang mudah dijaga.

Jom tengok senarai pokok yang saya beli secara online:

1. Pokok mangga telur


Pokok mangga telur saya beli dari Shoppee, dengan harga sepokok RM38.00. 

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

2. Pokok pisonia grandis


Pokok pisonia grandis juga di beli di Shoppee, tapi tak ingat harganya. Berpuluh juga harga dia kalau tak silap..

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

3. Pokok anting putri @ melati hutan


Pokok anting putri @ melati hutan di beli dari TikTok. 

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

4. Pokok buah bidara 


Pokok buah bidara di beli dari Shoppee, beli 2 kali tetapi pada tarikh berbeza. Dah beberapa kali berbuah dan sekarang pun sedang berbuah.

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

5. Longan brazil


Longan brazil dibeli dari TikTok, tetapi tak ingat harganya. Puncanya ada kawan satu opis bagi rasa sebiji longan brazil ni, tu yang terus cari anak benihnya.

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

6. Pokok ciku mega


Saya beli pokok ciku mega kerana terracun oleh pengguna TikTok yang menunjukkan pokok ciku meganya berbuah lebat walau di tanam dalam pasu. So, kita pun apa lagi.. beli satu pokok yang dah tinggi 1 kaki. Sekarang pokok ciku mega saya dah tinggi mencecah 5 kaki. Cuma, belum berbuah je lagi..

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Pokok Yang Dibeli Secara Online Semakin Membesar

Itulah antara pokok-pokok kat laman kecilku yang dibeli secara online samada dari Shoppee atau TikTok. Ada sesetengah pokok tidak terdapat di TT atau sebaliknya. Jadi kita beli kat mana ada.. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

10 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Banyaklah boleh makan buah nanti bila pokok menjadi :)

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik betul perkongsian ni! SA pun selalu juga 'terracun' beli pokok kat Shopee dengan TikTok, tapi ada yang hidup, ada yang 'jalan dulu' hehe. Geram tengok pokok bidara Sis Aynora yang dah beberapa kali berbuah tu. Memang tenang jelah bila tengok laman rumah penuh dengan pokok yang hijau dan subur macam ni..Abah SA baru tebang pokok durian belanda, sekali jer berbuah lepas tu pokoknya mati...

    ReplyDelete
  3. Samalah minat kita. Sy pun ada beli pokok bonsai, limau kasturi n bunga kantan kat shopee...

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok pokok² hidup segar semua tu... PH suka juga menanam tapi x pernah beli lagi pokok secara online

    ReplyDelete
  5. Banyak juga pokok yang dibeli online tu.

    ReplyDelete
  6. Boleh beli baja paksa buah. Akak tanam pokok kat kg besar je tapi susah nak berbuah. Sekali beli baja paksa buah....kali ni buah yang jarang jadi berbuah banyak. Ni tengah tunggu buah manggis masak. Buah pelam yang jarang berbuah bila di tabur baja dah 2 kali berbuah banyak. Tengah nak stok baja paksa buah supaya buah keliling rumah kat kg berbuah. Walaupun Pak nyet setia menunggu tapi kita orang seronok bila melihat hasil pokok berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihatnya, nanti saya beli baja paska buah..

      Delete
  7. Best nya dapat cuci mata tengok view hijau di laman. Saya ni jenis tangan panas, tanam apa2 pun mati akhirnya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga dulu tak pandai, tapi sekarang dah start belajar dari YouTube, pokok pun dah hidup semuanya

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!