Surah Al Kautsar. Surah Al Kautsar - Dibaca Ketika Kita Terhina Dan Sangat Sedih. Surah Al-Kautsar (سورة الكوثر) ialah surah ke-108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kautsar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.
Isi kandungan surah ini adalah perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.

Isi kandungan surah ini adalah perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.

Surah Al Kautsar - Dibaca Ketika Kita Terhina Dan Sangat Sedih
Surah ni turun waktu Nabi ï·º dalam keadaan paling sedih. Kehilangan anak lelaki, dihina, dipanggil “terputus”… bayangkan beratnya ujian tu.
Tapi Allah tak biar Nabi pujuk diri sendiri. Allah sendiri yang turunkan ayat untuk tenangkan hati Baginda. Maka Allah turunkan al kautsar untuk Nabi SAW mengendalikan kesedihannya itu.
Surah Al Kautsar
“Inna a’toinakal kautsar”
Allah bagi bukan sikit… tapi terlalu banyak. Bukan sekadar sungai di syurga, tapi ketenangan, kemuliaan, kasih sayang.
- Kadang kita ingat bahagia tu bila orang suka kita.
Padahal… bila Allah cukupkan hati kita, orang akan datang dengan sendiri.
“Fasolli li rabbika wanhar”
Allah ajar cara nak pulihkan hati → kembali pada solat & ibadah.
- Bila hati tenang dengan Allah, aura tu lain… orang rasa selesa, bukan sebab kita hebat tapi sebab hati kita tak bergantung pada manusia.
“Innashaa ni’aka huwal abtar”
Yang hina Nabi tu akhirnya hilang.
Pengajaran: bukan semua orang yang menyakiti kita akan menang.
Bukan surah ni “automatik buat orang suka kita”
Tapi bila kita dekat dengan Allah… Allah yang lembutkan hati manusia terhadap kita.
Cara amalan surah Al Kautsar
1. “Kalau hati tengah penat… cuba baca Surah Al-Kautsar 3 kali setiap pagi.
Bukan nak kejar orang suka kita… tapi nak Allah cukupkan hati kita.”
2. Untuk hari yang hati kita rasa kosong.
Surah Al Kautsar bukan sekadar surah pendek, tapi penenang hati saat sedih dan rasa tidak dihargai. Allah pujuk Nabi Muhammad ketika berduka, dan ajar kita cara kuatkan jiwa melalui solat dan kembali kepadaNya.
Bacalah surah Al Kautsar di saat anda paling sedih, terhina dan tidak dihargai. Insha Allah, jiwa rasa tenang, semangat kembali pulih dan cahaya kebahagiaan melingkari kehidupan anda. Yang powernya bukan terletak kepada kita yang mengamalkan surah tersebut TETAPI Allah lah yang bagi segala ketenangan tersebut. Allah lah yang berkuasa membalikkan semangat kita daripada sedih dan terhina kepada semangat dan ketenangan berpanjangan.
Jangan berhenti berharap kepada Allah SWT semata-mata.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.