Rumah Yang Terlihat Bercahaya Dari Penduduk Langit

Aynora
By -
0
Rumah Yang Terlihat Bercahaya. Apakah Rumah Yang Terlihat Bercahaya Dari Penduduk Langit? Kenapa rumah tersebut bercahaya dan bersinar dari kejauhan bak sebutir binatang yang berkerlipan? Begitulah sebenarnya Allah SWT mengangkat darjat hamba-hambaNya yang dimuliakan mengikut kehendakNya. Dia yang Berkuasa mengadakan sesuatu dan DIA juga yang berhak untuk memuliakan hambaNya yang disayangi menurut caraNya. Rumah yang sentiasa dihidupkan dengan bacaan al-Quran (seperti Surah al-Baqarah) akan menyebabkan syaitan lari dan tidak menjadikannya sarang atau tempat berkumpul. Insha Allah, penghuni rumah tersebut sentiasa berbahagia, tenang dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. 

Rumah Yang Terlihat Bercahaya Dari Penduduk Langit

Tahukah anda lantunan ayat suci menjadi sebab malaikat turun menziarahi rumah, mendoakan penghuninya, dan membawa sakinah (ketenangan) di dalam rumah tersebut.

Rumah Yang Terlihat Bercahaya Dari Penduduk Langit 


Rumah yang dibacakan al-Quran dilihat bercahaya oleh penduduk langit (malaikat) kerana keberkatan bacaan tersebut memancarkan Nur (cahaya) Ilahi. Cahaya ini menarik kehadiran para malaikat untuk turun membawa rahmat, ketenangan, dan mengusir gangguan syaitan dari rumah berkenaan.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya al-Quran, maka rumah tersebut akan terlihat oleh penduduk langit sebagaimana terlihatnya bintang-bintang oleh penduduk bumi."

Daripada Ummul Mukminin Aisyah ‎RA, berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah sebahagian daripada solat (sunat) kamu di rumah kamu, dan janganlah kamu jadikan (rumahmu seperti) kuburan, sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadikan rumah-rumah mereka seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah adalah tempat dibacakan Al-Quran. Ia akan kelihatan kepada penduduk langit sebagaimana bintang-bintang kelihatan kepada penduduk bumi.”

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan rumah yang disebut nama ALLAH di dalamnya dengan rumah yang tidak disebut nama ALLAH di dalamnya adalah, seperti perumpamaan orang yang hidup dan orang yang mati.”

Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini terdapat anjuran untuk (banyak) berzikir kepada ALLAH (termasuk membaca al-Quran dan zikir-zikir lainnya) di rumah, dan hendaknya rumah jangan dikosongkan daripada berzikir kepada-NYA.”

Hadis ini menunjukkan bahawa rumah yang selalu diisi dengan bacaan al-Quran dan zikir akan selalu hidup dan bercahaya, serta menjadi motivasi bagi para penghuninya untuk giat melakukan ketaatan kepada ALLAH SWT.

Semoga kita semua berusaha menjadikan rumah kita seperti taman-taman syurga yang disukai oleh semua penduduk langit Dan para Malaikat. Sebaliknya hindari menjadikan rumah kita seperti perkuburan yang sepit dan sedih.

Wallaahu'alam.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!