


Apa bahan-bahan yang ada dalam pes kari ikan Mas Food tu? Antaranya cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas, Kunyit, penambah perisa, jintan putih, bunga lawang, biji pelaga, dan lain-lain. Dengan pes kari ikan segera ni, korang dah tak payah tambah perisa. Masin manis semua lengkap dan secukup rasanya. Kecuali korang tambah santan jadi 2 kotak, kenalah tambah garam sikit.😅😅
Resepi Ikan Jenahak Masak Kari Guna Pes Segera
Oleh kerana mudah sangat nak buatnya kerana kita guna guna pes Kari ikan je, Maka inilah cara-caranya seperti di bawah.
Cara penyediaan kari ikan jenahak
1. Bersihkan ikan jenahak,
2. Tumis pes kari ikan hingga naik bau, dan masukkan 2 tangkai daun kari. Biar sampai pecah minyak
3. Masukkan ikan jenahak ke dalam tumisan tadi dan kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan seketika.
4. Masukkan 1 kotak santan kara saiz 200ml. Kalau Masih pekat, tambahkan lagi sedikit air, jika perlu
5. Boleh masukkan bendi atau tomato jika suka.
6. Kari ikan jenahak siap untuk dihidangkan.
Nota :
- menggunakan pes kari ikan Mas Food tak perlu tambah perisa atau garam. Kerana semuanya telah dicampurkan dalam pes kari ikan tersebut.
Memasak semudah ABC je, bagi orang yang agak sibuk pada hari- hari bekerja.
Jom layan gambar-gambar yang disnap oleh anak bujang..


Masak kari ikan memang antara lauk faveret anak bujang kat rumah tu. Semua berasaskan kari dia suka je, seperti mee kari dan ayam masak kari.





Semoga resepi mudah masak kari ikan untuk orang yang busy, menjadikan kerja yang remeh menjadi mudah. Anak bujang saya pun boleh memasak bila saya ajar cara-caranya dari telefon je..
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.