Alkisah, kan hari sabtu lepas saya pergi kota Tinggi jumpa dengan abang saya. Kat situlah dia bagi sebiji sukun yang agak besar saiznya. Baru hari ini sempat goreng, so kita orang sarapan jejari sukun...😅😅






Jejari Sukun Enak Sekali Cicah Sambal Kicap
Buah sukun memang sedap digoreng garing, potong sekeping-sekeping style mak kita ajar, kan..
Tapi kali ni saya buat jejari sukun dengan harapan anak bujang dua orang tu makan sukun. Baru tunjuk rupa buah sukun pun dah geleng, apatah lagi kalau saya paksa depa makan buah sukun tu. That's why saya stylekan dia jadi jejari sukun.
Si abang awal-awal dah keluarkan hash brown frozen, kata nak buat breakfast. Saya kata, makan dulu yang buah asli iaitu sukun. Agar anak-anak kita tak lupa akan buah-buahan tradisi yang dah lama mak-mak kita bagi makan dari dulu. Geram pulak rasa bila awal-awal dah menolak buah sukun kita..


Nak buat jejari sukun ni mudah je. Pertama sekali kopek kulit sukun dan buang batang tengah dia. Kena guna buah sukun yang masih segar lagi, kalau yang dah lembik dah tak boleh.. hehe. Potong kecil-kecil ikut suka.
Kemudian bancuh tepung dengan pewarna kuning, garam - kacau rata sampai cair macam nak buat lempeng.
Lepas tu, salut setiap jejari sukun dengan bancuhan tepung dan gaulkan atas breadcrumb (serbuk roti), kalau suka. Goreng dalam minyak terendam. Bila telah berwarna kekuningan, angkat jejari sukun. Makan dengan sambal kicap, memang yummy!!
Berjaya ke saya paksa dia orang makan jejari sukun tu? Alhamdulillah, makan juga akhirnya. Suka pulak tu, tapi kat hujung lepas makan si adik kata pelik lah rasanya. Haha...
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.