

Dapat Pokok Duit Dan Bromeliad Daripada Kakak
Sebelum ini pun saya dapat 5 pasu pokok keladi comel dari dia. Pokoknya masih lagi hidup cuma tak besar-besar sebab di tanam dalam kawasan berbumbung. Tapi warna daun keladi yang cantik warna warni buat kita sayang nak buang dia..

1. Pokok Duit


2. Pokok Bromeliad
Kenali Bromeliad
Bromeliad merupakan tanaman daripada keluarga Bromeliaceae yang berasal daripada Amerika Selatan. Bromeliads mempunyai pelbagai varieti dan nanas juga adalah tanaman yang paling dikenali dalam keluarga Bromeliaceae. Selain pokok itu, bromeliad juga mempunyai pelbagai varieti yang menunjukan ciri yang berbeza sedikit daripada nenas antaranya susunan daun pendek dan panjang berbentuk corong atau tirus, daun berwarna-warni dan buah yang menarik.
Penjagaan pokok ini sangat mudah kerana bromeliad sesuai dengan iklim yang hangat, lembap dan rendang. Pencahayaan untuk bromeliad adalah minimum, kadar cahaya mempengaruhi bentuk serta warna daun. Tumbuhan ini pada awalnya tumbuh di pokok atau epiphytic oleh itu peredaran udara dan saliran yang baik juga amat penting untuk tumbuhan tahan lebih lama.
Siput adalah salah satu perosak yang biasa dijumpai pada pokok bromeliad. Siput akan menyebabkan permukaan daun rosak atau kotor. Penyakit yang biasa didapati adalah '' crown rot'' yang di sebabkan oleh penyiraman yang berlebihan atau pengaliran yang tidak sempurna.
Jenis-jenis bromeliad antaranya Neoregelia dimana susunan daun menyebar dan rata, warna yang terang bergantung pada cahaya, tillandsia sejenis bromeliad yang tidak memerlukan tanah untuk hidup, berdaun tirus dan kecil. - FB


Jika di campur dengan pokok duit dengan pokok bromeliad yang kakak saya bagi, saya kini memiliki hampir 100 pasu pokok bunga/ tanaman di luar rumah dan dalam kawasan pagar rumah.
Alhamdulillah.. kini pokok-pokok saya ada yang sedang berbunga, berbuah, ada yang sedang bertunas semula dan ada yang hidup segan mati tak mau.. hehe
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

ooo itu pokok duit, patutlah orang Cina suka tanam pokok ni..saya ada tanam tapi kata orang getahnya beracun..so taka saya perdulikan..masa tu anak2 semua masih kecil..hingga kini masi ada ..
ReplyDeleteMinat dan kegemaran saya tetap Bunga Kertas..tanaman lain ada juga pelihara..
ReplyDeletePokok duit tu pokok kesukaan Sis.. ada 5 pokok duit kat rumah, semua dah besar gemok.. senang penjagaannya, buat dekkk pun dia segar jerr hidup hihihi
ReplyDeleteFirst time tau pokok bromeliad... ke pernah tgk tp x tau nama eh 😅😅
ReplyDeleteWow dah ada 100 jenis pokok, hebatt
Untungnya ada kakak yang rajin melayan minat kita! Seronok tengok pokok-pokok tu subur dan gemuk. Walaupun pasu warna hitam, tapi kalau pokok dah subur macam tu, tetap nampak cantik sangat. Bertambah lagilah koleksi laman rumah lepas ni sis aynora..SA kalau tanam pokok bunga confirm ken hijack..PZ x suka dia lagi suka tanam pokok yg boleh makan...bromeliad tu tgh popular sekarang kan...pokok duit tu atas meja kerja SA ada sepasu...gemuk2
ReplyDelete