
Dengan Zikrullah, Syaitan Pun Jauh!!
Zikrullah adalah bermaksud mengingati Allah. Dengan cara apa? Dengan cara berzikir. Ada banyak cara mengingati Allah, antaranya menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Laailaha Illallah, Allahu Akbar dan banyak lagi.
1. Disunatkan menyebut nama Allah ketika memasuki rumah.
2. Membaca Bismillah sebelum makan merupakan sunnah yang membawa keberkatan.
3. Rumah yang sentiasa dihiasi dengan zikir dan bacaan al-Quran akan dipenuhi ketenangan dan rahmat Allah SWT.
4. Barangsiapa berzikir menyebut nama Allah ketika masuk rumah, syaitan akan menghindarkan diri dari rumah tersebut. Zikir menjadi benteng daripada kelalaian beribadah, gangguan syaitan terhadap rumah tangga juga dorongan maksiat.
5. Kelalaian daripada berzikir mengingati Allah sama ada ketika memasuki rumah, ketika makan, minum dan sebagainya, akan membuka ruang kepada syaitan untuk mempengaruhi kehidupan manusia.
6. Keberkatan rumah bukan bergantung kepada kemewahan atau saiznya, tetapi kepada sejauh mana penghuninya mengingati Allah SWT. Pastikan apabila kita memulakan sesuatu, hendaklah dimulakan dengan berzikir mengingati Allah.
7. Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah: Bismillah (Dengan nama Allah). Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)- (HR Tirmizi No: 1858) Status Hasan Sahih
Penutup
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ
"Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata kepada kawan-kawannya: Tiada tempat menginap dan tiada makan malam untuk kamu. Tapi apabila seseorang itu masuk ke dalam rumah, tidak menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kamu telah mendapat tempat menginap dan makan malam.*_ (HR Muslim No: 2018) Status Hadis Sahih.
Berzikir amatlah mudah. Kita tak perlu berwuduk, tak perlu tutup aurat, sebaliknya menyebut serta memuji-muji Allah cukup sekadar dengan helaan nafas. Dengan semudah itu, tidakkah kamu berasa rugi jika tidak berzikir?
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.