
Pasukan Terbaik Yang Layak Ke Suku Akhir World Cup 2026
Hanya lapan pasukan terbaik yang berjaya mara ke peringkat Suku Akhir Piala Dunia 2026. Pasukan yang layak ke kelompok 8 terakhir ini adalah Perancis, Maghribi, Sepanyol, Belgium, Norway, England, Argentina, dan Switzerland.
Pasukan-pasukan ini bertarung dalam jadual peringkat suku akhir seperti berikut:
- Perancis lwn Maghribi
- Sepanyol lwn Belgium
- Norway lwn England
- Argentina lwn Switzerland
Pasukan manakah yang anda pilih untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir di mana 4 kelompok terbaik akan bersaing. Adakah Argentina boleh menempah tiket ke separuh akhir? Atau Maghribi dapat mengalahkan Perancis untuk menempatkan diri bersama 4 pasukan yang lain?
Kita lihat nanti apabila musim suku akhir bermula iaitu pada 10 Julai (pagi, waktu Malaysia.)
Jadual Suku Akhir Piala Dunia 2026
1) Perancis lawan Maghribi – 10 Julai (Jumaat) – 4.00 Pagi
2) Sepanyol lawan Belgium – 11 Julai (Sabtu) – 3.00 Pagi
3) Norway lawan England – 12 Julai (Ahad) – 5.00 Pagi
4) Argentina lawan Switzerland – 12 Julai (Ahad) – 9.00 Pagi
- Semoga ada rezeki Perancis mara ke final world cup 2026.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.