Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Aynora
By -
0
Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung. Entah kenapa kali ni kami tergerak nak jalan-jalan sampai ke Kota Tinggi semata nak cari durian. Ada banyak gerai durian yang kami temui dan semua menjual dengan harga yang masih boleh tahan. Ada yang mahal dekat red prawn tetapi murah pula dekat Musang King nya. Ada durian kampung kunyit dijual dengan RM1 sekilo, tetapi macam tak berkenaan pulak. Durian kampung Kawin pulak dijual pada harga RM5-7 sekilo. Jika sebiji dah berat dekat 2.5kg, harga pun jadi besar jugak la kan.. hehe. Tapi durian Kawin yang kami beli ni amat sedap dan manis pahit rasanya. 

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung
Buah sukun yang agak besar saiznya pemberian dari abang sulung

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung


Kami jalan-jalan cari makan dan cari durian sekali sampai ke Kota Tinggi. Dapat ke duriannya? Alhamdulillah, dapat 15kg durian campur-campur. Musang King 2 biji, red prawn 2 biji dan Kawin Kampung 2 biji. 

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Bila dah beli banyak dan nak bawak dalam kereta kan leceh.. kami minta tolong depa kopek sekali dalam bekas. Upah kopek dan bekas tu semua free, sebab beli lebih 10 kg.

Sambil menunggu dia orang kopek durian, kami disajikan dengan air sirap limau free je, apalagi budak bujang dua orang tu asyik minum dan minum dengan gembiranya.. 

Buat temujanji dengan abang sulung sekali untuk bertemu di gerai durian tersebut, dapatlah juga buah sukun dari pokok tanam sendiri di belakang rumahnya.

Jalan-Jalan Cari Durian Musang King Dan Kawin Kampung

Dahlah jom kita balik dengan senang hati. Dapat beli dokong juga yang mana buahnya amat manis, elok dan besar-besar. 

Apalah salahnya kita meraikan dan menghargai diri sendiri dalam musim buah ni, terutamanya buah durian. Sekejap musim dah nak habis, kita tunggu lagi 3 @ 4 bulan dengan musim baru lagi. Tetapi jika korang tak gemar durian, boleh dipelbagaikan pilihan buah-buahan tempatan yang lain juga. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!