Lunch Di Piring Putih, Kakak Belanja. Alhamdulillah, cerita Ahad lepas kami makan dengan family kakak di restoran Piring Putih. Pertama kali makan kat situ walau jarak restoran dengan rumah taklah jauh sangat. Cuma restoran tersebut belum termasuk dalam list carian kami kut.. orang kata belum sampai seru. Hehe..


Set ayam penyet pilihan saya, kerana menu nasi goreng kampung dengan ayam berempah belum mula dibuka. Tempahan hanya selepas pukul 3.00 petang. Nasi Ayam Penyet ni pun sedap, ayamnya lembut gebu, tulang rapuh mudah nak kunyah. Dan yang penting ayamnya di penyetkan supaya mudah nak makan.

Semua air nampak je warna warni tetapi rasanya tetap original. Takde lah bau pewarna ke apa.. hehe



Semasa nak keluar rumah hujan turun selebat-lebatnya. Namun dalam pertengahan jalan, hujan mulai reda.


En suami pilih menu ini, dengan tambahan sayur kangkung goreng belacan. Sedap ke, saya tanya. Dia geleng tetapi licin pinggan dan juga kuah asam pedas. Lepas tu dia kata, sedap sangat hingga geleng kepala. Ngada betul!! Takut orang ambik share dia la tu.. 🤣🤣


Lunch Di Piring Putih, Kakak Belanja
Sebenarnya abang ipar yang belanja tetapi kakak yang jemput,😃 so.. kiranya kakak la yang nak belanja. Haha
Banyak juga menu yang terdapat di dalam buku menu restoran. Ada menu set nasi, goreng-goreng panas, western dan lain-lain.
Set asam pedas kepala ikan jenahak

Set daging salai lemak cili api
Ni pilihan anak bujang sulung. Dia memang pandai makan daging dan juga pandai memasaknya. No wonder la, dia suka daging dalam apa saja jenis masakan.. daging salai lemak cili api ni pun sedap.

Set nasi ayam penyet

Air teh ais, yem & carrot susu



Ada lagi beberapa menu yang tidak sempat nak snap gambarnya seperti set nasi dengan ayam goreng kunyit dan set kepala siakap masak lemak cili api.
Alhamdulillah untuk rezeki dari kakak dan abang ipar yang belanja kami lunch pada Ahad lepas. Sebelumnya saya ada sponsor kakak beli peralatan baru sempena pindah rumah. Mungkin agaknya dia sekeluarga membalas pemberian kami itu.
Walau apa pun semoga hubungan kekeluargaan kami semua dalam peliharaan Allah selalu.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



6 Comments
Piring putih ini di Johor ya kak? Tadi saya cek google dulu. Nampak menariiiiik semua menu. Saya nih sukaaaa dengan daging masak lemak Cili api juga. Kemarin baru dari Johor dan KL, sempat ke 2 restoran yg menyajikan daging masak lemak. Sedaaap sangat.
ReplyDeleteDecember nak ke Johor lagi, memang mau puas2 cari kuliner di sana 😄
Iya Fanny, kat Johor. Banyak makanan sedap2 kat sini, cuba jangan tak cuba..
DeleteSemua menu nampak sedap. Tambahan pula, orang yang belanja, lagi sedap. 😁
ReplyDeleteMoga makin dimurahkan rezeki kakak, nanti boleh belanja lagi..
ReplyDeleteKita pun pandai makan daging, nak pulak daging salai masak lomak cili api.. sedap....
Rezeki ada orang belanja. Nampak sedap semua menu.
ReplyDeleteCantik betul warna minuman tu.
ReplyDeletePerghh... asam pedas kepala ikan jenahak memang cukup menggoda selera!
Murah rezeki abang ipar dan kakak.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.