Pokok Mulberry Di Celahan Bunga Kertas. Pagi sabtu macam biasa saya akan buat aktiviti keluarkan peluh seawal pukul 8.30 pagi. Korang tahulah apa maksudnya - saya akan mula berkebun. Saya akan berada di kebun sekitar 1 jam setengah macam tu, tetapi dengan telefon di atas meja luar. Walau tidak bekerja pada hari sabtu tetapi still kena on call jika kecemasan di office. Ada sesetengah jabatan di pejabat kami kena bekerja separuh hari pada hari sabtu. Begitulah kan, dah namanya kerja makan gaji.. ada je yang kita kena patuh pada polisi syarikat. Yang penting berkebun still kena buat juga..




Pagi ni saya melihat pokok Mulberry saya melonjak tinggi di celahan pokok bunga kertas. Hmm.. entah bila dia tonjang gitu pun, saya tak perasan. Almaklum pokok-pokok kesayangan hanya dapat dibelek seminggu sekali.




Pokok Mulberry ni saya tanam dari keratan batang yang diambil dari pejabat. Ada banyak batang yang disemai, hanya 2 batang saja yang hidup dan berbuah. Dah banyak kali juga kami makan buah mulberry tu, dan yang warna merah kehitaman tu lah buah yang sudah tua dan manis.
Info Yang Anda Cari:

Pokok Mulberry Di Celahan Bunga Kertas
Aktiviti berkebun dimulakan dengan :
1. Cantas dan buang daun-daun rosak.
2. Gemburkan tanah pada akar-akar pokok dan tambah tanah baru
3. Tabur baja pada semua pokok.. baja satu jenis je untuk semua 😂
4. Akhir sekali siram pokok dalam dan luar rumah





Pokok bunga kertas pula ada yang sedang berbunga, ada yang tinggal ranting je, dan ada pula yang berdaun lebat tapi belum berbunga. Saya ada 7 pasu pokok bunga kertas yang saya letak sebaris sebagai pagar rumah dengan laman jiran.. hihi, bukan bergaduh taw. Sebab mudah saya nak urus pokok nya yang berduri tu ...
Semoga hari sabtu kita terus indah dengan hati yang tenang dan pemndangan yang nyaman.. 💖💥😍
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



5 Comments
Cantik, hijau je kebun. Ada bunga kertas juga.
ReplyDeleteSaya teringin juga nak tanam pokok mulberry, tapi bila mengenangkan rumah laluan beruks, terus tak jadi.
Sewaktu waktu dahulu mmg berlambak bunga² kertas di halaman rumah tp skrg seketul pun dh xde sbb sejenis malas nak jaga dah walau bunga kertas ni senang je ekceli nak hidup or jaga ...
ReplyDeletepokok mulberi depan rumah ammi dah selamat dipangkas dan terus je husband letak racun. naik tinggi kurus kering, pastu kat daunnya banyak ulat bulu. aishhhh menggelikan betul
ReplyDeleteBalik kampung hari tu Cie petik mulberi kakak sedapnya ada manis, ada masam.
ReplyDeleteTak penah makan mulberry, tapi dapat agak rasa macam2 manis sebab dari keluarga berries.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.