Ayam Masak Kicap, Dinner Yang Simple. Bila tiba hari isnin, dapur berasap semula. Kita masak dan habiskan apa yang ada dalam freezer. Jangan membazir. My order senang je - hari ibu & ayah bekerja, anak-anak soleh kena memasak di rumah. Jangan membazir. Bahan mentah banyak, tapi tak habis-habis sebab selalu makan kat luar ataupun tapaw. Tak suka macam itu. So, anak-anak soleh dengar arahan 😅😅




Info Yang Anda Cari:
Ayam Masak Kicap, Dinner Yang Simple
Demi meneruskan misi tak nak membazir, dinner kita makan ayam masak kicap je dengan telur bungkus. Alhamdulillah.. orang bujang kat rumah masak sedap macam biasa.


Kali ni orang bujang masak ayam kicap ikut style dia. Kalau ikut saya dan mak tok dia orang, kami masak kicap asal ada kicap, dan potongan bawang merah, bawang putih dan cili hidup serta halia, tak lupa dengan kayu manis, dah okay la tu jadi ayam masak kicap 'bodo'. Hehe ..
Kena kat tangan dia, benda jadi woww.. rasa lain macam, dengan lada kering di blend, ada hirisan tomato dan serai. Kemudian di hias dengan daun bawang.
Alhamdulillah..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



3 Comments
Sedap tengok hasil air tangan anak soleh. Alhamdulillah, menggunakan bahan mentah yang ada.
ReplyDeleteDalam masa sebulan hari tu 4-5 kali Abah masak ayam masak kicap..almost every week ada menu ni...sebabnya dia x tau nak masak apa...hehehe....dia rajin beli barang basah, peti ais penuh tapi dia x tau nak masak apa dan macam mana
ReplyDeletebujang pun masak sedap je, siap makan bertambah pakej puji diri sendiri haha syukur blog sis dah okay!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.