
Info Yang Anda Cari:
Beli jam Pagani Gear For Ladies Watch Warna Putih Pula
Sebelum ni saya ada beli Pagani Gear ladies watch berwarna magenta. Entri di sini. Tetapi setiap kali melayari TikTok ada saja promo jam tangan wanita ni lalu lalang. Ada warna hitam dan putih. Last sekali, pejam mata je beli lagi satu jam Pagani gear for ladies berwarna putih. Lengkap koleksi 2 jam tangan Pagani Ladies watch milik saya.

Kalau korang suka bertukar-tukar jam tangan, jam tangan Pagani for ladies sesuai untuk dijadikan salah satu koleksi jam tangan korang. Harganya agak berpatutan, setelah ditolak dari voucher dan dibeli ketika flash sales. Jam tangan ni saya beli pada harga RM146.00 sahaja. Harga asalnya dijual dari RM1,275.00.
Namun beli jam tangan bukanlah satu hobi yang rugi. Ia boleh diberikan kepada anak sedara jika kita sendiri sudah tak mahu menggunakannya lagi.
Selagi kita seorang insan yang bertanggungjawab, kita tentu sentiasa menjaga masa dan memakai jam tangan juga salah satu peringatan kepada diri sendiri agar tidak membuang masa sesuka hati.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.