

Info Yang Anda Cari:
Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji
Orang memang ramai walau parking jauh, dan agak susah kerana restoran ini berada di tepi jalan besar yang sibuk dan dekat dengan traffic light. Tetapi kerana kemahuan adik yang duduk di Shah Alam, nak sekali makan kacang pool asli, maka itulah sebabnya kami berada di sini. Hehe..

Keadaan dalam restoran yang penuh sentiasa.. dah rezeki ownernya. Betul tak? Kalau dah tertulis rezeki dia, susah payah orang akan datang. Lagi satu, dalam Google dia punya review punyalah banyak. Berpuluh ribu review korang boleh baca..

Saya order kacang pool kuah kambing. Banyak taw kuah dia, roti pun besar. Saya makan separuh je roti tu, selebihnya anak bujang sulung yang habiskan. Semua kata sedap!! 👍👍

Saya dan beberapa ahli keluarga yang order kacang pool. Ada juga order lontong kering, nasi goreng ayam, soto ayam dan lain-lain. Jadi, bukak setakat jual kacang pool, restoran kacang pool haji juga ada jual macam-macam menu asli Johor yang lain. Nasi ambang pun ada..
Harganya? Bagi kami biasa je, takde lah mahal sangat. Masih boleh diterima poket. 😅😅
Korang nak makan kacang pool haji yang asli? Inilah tempatnya - Restoran Kacang Pool Haji, Jln Dato Jaafar, Larkin.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


7 Comments
Kita kurang gemor kacang pool ni tapi kalau ada yg nak makan, kita is ok je duduk sekali sbb kat situ pun mcm² menu ada selain kacang pool.kan 🤣
ReplyDeleteHaha, macam² menu asli Johor ada dijual 👍
DeleteJune lalu saya ke JB dan makan di kacang pool ini jugaaa 😍😍😍. Memang sukaaaa. Akhirnya setelah banyak baca review ttg kacang pool, bisa mencoba juga. Desember esok nak ke JB lagi, seminggu, memang mau mengulang makan sana 👍😍
ReplyDeletebaru dengan menu ni.. nampak sedap..
ReplyDeleteSis orang JB jujurnya memang jarang singgah makan Kacang Pool ni, kecuali ada bawa kawan dari luar.. salah satu sebab nak park laa tu.. so agak kalau nak makan, makan jerr cafe mana ada jual..
ReplyDeleteTak pernah makan kacang pool. Teringin nak mencuba.
ReplyDeleteSaya pernah makan kacang pool haji di cawangan di PJ. Takde orang, macam cawangan JB. Sebab pergi pun pukul 7 pagi. Tapi memang terbaik kacang pool dia, roti pun tebal, gendut makan. 😁
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.