Mencipta Kenangan Di Kenangan Coffee. Ini kisah semalam 7/8/2026 (Jumaat), yang entah kali ke berapa saya telah berada di dalamnya. Berada bersama-sama dengan orang yang tidak dikenali, tersenyum dan kemudian melayan kopi sendiri. Begitulah dunia dengan isi-isinya. Kekadang kita tidak tahu kenapa kita dipertemukan dengan seseorang hanya untuk sekadar melihat, senyum dan berlalu pergi. Teringat satu bacaan saya dalam sebuah kitab, mesti ada sebab kenapa kita selalu dipertemukan dengan orang asing walau sekadar untuk tersenggol bahu, atau berada di tempat yang sama tetapi saling tidak kenal -- hanya Allah saja TAHU hikmah yang tersembunyi.




Info Yang Anda Cari:
Mencipta Kenangan Di Kenangan Coffe
Saya ada kerja di Paradigm Mall, jadi tengahari tu saya lunch berseorangan di Kenangan Coffee. Bukan lunch kut, dah dekat pukul 2.15 petang baru teringat perut belum di isi.
Untuk tidak mahu berlamaan, saya order Avocado Coffee & Chocolate Banana Meltz. Nak cepat dan mudah dimakan. Hmm.. enaknya kek banana yang saya order. Rasa macam nak order lagi satu tetapi tadi lihat di rak, hanya tinggal seketul ni je Banana Meltz nya.


Chocolate Banana Meltz di Kenangan Coffee - rangup di luar dan lembut creamy di dalamnya. Makan satu memang tak cukup. Rasa coklatnya begitu ngam bila dikunyah bersama banana itu. Makan sambil melihat gelagat manusia yang pelbagai. Ada yang ketawa kuat dengan rakan-rakan, ada yang sedang mendengar muzik dan ada juga yang sedang melayani orang tua mereka.


Macam biasa saya setia dengan Avocado Coffee, air kopi yang dikisar bersama jus avocado menaikkan rasa pahit tetapi sedap di hujung lidah dan anak tekak.
Kos makan lunch saya RM28.70., untuk secebis kenangan dan tanda tangan yang saya pernah berada di Kenangan Coffee pada sekian tarikh. Kenangan untuk diingati kemudiannya. 💙💜
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.