![]() |
| Gambar bangunan Majlis Agama Islam Johor |
Info Yang Anda Cari:
Akhirnya Pinjaman Pendidikan Anak Bongsu Diluluskan
Bahagian penjamin pula, ayah dan pakciknya sign kemudian.
Pihak Baitulmal Johor akan selesaikan urusan anak bongsuku itu dahulu kerana dia sudah mahu berlepas ke Egypt pada 20 September 2026 nanti. Semoga segala usaha yang baik akan berakhir dalam kebaikan juga.
Kalau ikutkan pengalaman kami yang lepas, pinjaman pendidikan ini hanyalah menanggung 3/4 dari seluruh yuran pengajian dan selebihnya ibu bapa kena tanggung sendiri. Yuran pengajian di bayar menggunakan matawang USD. Tetapi alhamdulillah, yang selebihnya kami top up dan dalam kemampuan kami.
Info Pinjaman Pendidikan Baitulmal Johor
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) / Baitulmal Johor menawarkan Bantuan Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan khusus untuk anak Johor yang melanjutkan pengajian. Maklumat Utama Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAINJ adalah seperti berikut:
A. Jenis Pinjaman: Pinjaman tanpa faedah (Qardul Hassan). [sumber]
B. Kategori Terkini (Sesi 2026): Pelajar Johor yang melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang Perubatan, Pergigian, dan Farmasi. [sumber]
C. Tarikh Permohonan: Biasanya dibuka setiap tahun sekitar 1 Julai hingga 31 Julai. (Nota: Permohonan bagi sesi 2026 telah ditutup pada 31 Julai 2026).
Borang dan syarat permohonan boleh dimuat turun melalui Laman Sesawang Rasmi MAINJ apabila tarikh permohonan dibuka. Permohonan juga boleh dirujuk melalui Portal Skim Bantuan MAINJ.

Cara Memohon
Borang dan syarat permohonan boleh dimuat turun melalui Laman Sesawang Rasmi MAINJ apabila tarikh permohonan dibuka. Permohonan juga boleh dirujuk melalui Portal Skim Bantuan MAINJ.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.