
Info Yang Anda Cari:
Cari Siakap 3 Rasa Pada Lewat Malam
Jam pukul 10.15 memang dah malam bagi saya, sepatutnya waktu masuk tidur saya adalah pukul 9.30 malam. 😅😅 Hairan betul, makin malam makin berselera nafsu makan anak-anak bujang ku ini!! Memang sengaja nak makan kat luar la ni kut.. apa di ordernya?
1. Telur bungkus dan siakap 3 rasa


2. Telur bistik

3. Air epal, carrot susu Dan ais kosong

Walau dah nak lewat malam, ais tetap kena ada. Siakap 3 rasa pun nak order jugak, nasib baik restoran masih ada stok ikannya.
Ada juga order sotong goreng tepung sebab itu menu wajib. Selagi tak dapat sotong goreng tepung, tak nak balik gamaknya.. hehe (gurau je). Tak lupa dengan sayur baby kailan..krup krap krap rangup dia, rasa segar je sayur tu. Memang best!!
Itulah kisah makan malam yang agak terlewat bagi kami sekeluarga. Yang penting dalam kereta muka ada senyum almaklum perut dah kenyang.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.