Tiada gurauan jika menyentuh hal peribadi. Kena hadam betul-betul tentang perkara ini. Perkataan seperti - “Saya bergurau saja” bukan magic sentence yang boleh padam impact perbuatan kita.

Anda mungkin rasa anda sedang bergurau. anda mungkin rasa anda cuma bersikap friendly. Atau . anda mungkin kata, “Alaaa… benda macam ni pun nak terasa?”
Tetapi gangguan tidak diukur semata-mata oleh NIAT anda seorang!!
Gangguan yang diterima oleh seseorang yang membuatkan ketidakselesaan, itu pun sudah dikira tidak sesuai, tak betul! Inikan pula perkataan kotor dan lucah serta celaan.
Info Yang Anda Cari:
Perkataan Kotor Dan Celaan Di Tempat Kerja, Apakah Itu Gurauan?
Sebagai seorang ketua/ ketua jabatan, ada power imbalance yang anda kena sedar. Apa yang anda anggap sebagai harmless banter (gurau senda yang tidak memudaratkan atau usik-mengusik mesra yang tidak berniat jahat) boleh menjadi niat untuk mengaibkan, menakut-nakutkan atau sangat tidak selesa kepada orang bawahan.
{Power imbalance} - adalah ketidakseimbangan kuasa atau kepincangan kuasa.
Jangan guna seniority sebagai lesen untuk cakap sesuka hati. Jangan guna “gurau saja” sebagai defence bila orang dah uncomfortable. Dan jangan tunggu HR bagi training baru nak belajar professional boundaries.
Professionalism is not the title on your business card. It is how you behave when you have power over someone who has less. - sumber FB
Contoh-Contoh Workplace/ Sexual Harassment
a) bertanya berulang kali kenapa staf wanita belum berkahwin, mencadangkan lelaki seperti dirinya sebagai suami,
b) menggunakan perkataan seperti “stupid”, “no brain” dan “shut up” terhadap subordinate,
c) membuat komen seperti “wink-wink” dan “gedik-gedik”.

Kisah Pengalaman Sebagai Pengajaran
Di bawah ini saya kongsikan sedikit pengalaman mereka yang pernah berada dalam situasi sebegini, yang saya ambil dari sumber FB.
Kisah 1:
1. Pengalaman saya di GLC dahulu, ada seorang bos yang selalu pass remark terhadap PA beliau kerana PA itu kerap mengambil MC kerana setiap tahun mengandung.
Pernah dia berkata, “Kuat sangat ngangkaxx tu, sebab setiap tahun pregnant.”
Bukan sekali. Hampir setiap hari dia membuat lawak lucah, mengeluarkan kata-kata berunsur seksual dan memaki hamun di hadapan staf.
Akhirnya, beberapa orang staf membuat aduan rasmi. Tidak lama kemudian, dia dikenakan tindakan dan dismiss 24 jam.
Yang peliknya, orang yang sama juga sering bercakap tentang agama dan aktif dalam kerja-kerja NGO. Betul-betul perangai Dr Jekyll and Mr Hyde. Di luar nampak warak dan prihatin, tetapi di tempat kerja perangainya langsung berbeza.
Kisah 2 :
Bagus keputusan ini. Saya ada banyak pesakit yg trauma dari sexual harassment. Sampai kena makan ubat dan berhenti kerja which is unfair for them. Memang patut orang macam ni kena report dan dismissed.
Kisah 3 :
Different many scenarios happened in the 80s.. Bosses took advantage of those beautiful staff .... There's a few told me her bad experiences so we make use of the opportunities..." Demanded on promotions n many merits increment" However there's one or two resigned and left the company..
Kisah 4:
28 YEARS OF SERVICE. SENIOR LEGAL COUNSEL. BUT WHEN PROFESSIONAL BOUNDARIES ARE BROKEN, YOUR SENIORITY IS NOT YOUR SHIELD.
Saya baru habis baca Industrial Court Award No. 1366 of 2024 – Nik Hishamuddin bin Nik Mansor v Petroliam Nasional Berhad.
Claimant telah berkhidmat dengan PETRONAS sejak 1990 dan ketika kejadian memegang jawatan Senior Legal Counsel.
Kes ini melibatkan aduan workplace harassment dan sexual harassment terhadap beberapa pekerja wanita.
Mahkamah mendapati misconduct yang dipertuduhkan telah dibuktikan mengikut standard yang diperlukan.
Perkhidmatan Lama Bukan Immuniti
Claimant berhujah bahawa beliau telah berkhidmat lebih 28 tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Tetapi Mahkamah tetap mendapati hukuman dismissal adalah proportionate, dan pemecatan tersebut dibuat dengan just cause and excuse.
Ingat selalu:
The higher your position, the higher the standard of behaviour expected from you.
Saya harap pekerja-pekerja wanita dalam bidang tak professional pun berani seperti dalam kes ini. Saya percaya ada ramai wanita di luar sana kerap menghadapi gangguan di tempat kerja samada dari gangguan perkataan ataupun seksual - jangan biarkan perkara ini berterusan. Anda kena berani ke depan!!

Semoga sedikit perkongsian dan pandangan pelbagai pihak yang saya rangkumkan di atas dapat memberikan manfaat kepada pembaca blog ini. Ada perkara yang boleh buatkan kita let go je dan walk away, tetapi ada sesetengah perkara yang menyebabkan kita kena stay dan selesaikan.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.