Advertisement

Bajet 2027 - Pekerja Swasta Dan Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Sebulan

Bajet 2027 -  Pekerja Swasta Dan Gaji. Dalam Bajet 2027 Kerajaan Madani sekarang telah mengambil kira golongan pekerja swasta dengan mengkaji semula gaji minimum. 

Gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027; PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) dengan hasil jualan bawah RM50 juta dikecualikan. Pengecualian untuk SME berjualan bawah RM50 juta bukan penyelesaian ajaib. Namun, ada yang bertanya, Kerajaan Madani ada fikir benda ini tak?

Bajet 2027 - Pekerja Swasta Dan Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Sebulan

Kadar gaji minimum sektor swasta naik Kepada RM2,000 sebulan bermula kuatkuasa pada Jun 2027. Lebih 4 juta pekerja dijangka mmenerima manfaat. Manakala, kadar permulaan pekerja separa mahir dan graduan adalah pada RM2,500 sebulan.

Kesan Kenaikan Gaji Swasta Dari RM1,700 kepada RM2,000 Mulai Jun 2027


1. Kalau syarikat besar bayar minimum RM2,000, kenapa pekerja mahu kekal di syarikat kecil dengan RM1,700? 

2. Pekerja asing pun membandingkan gaji, walaupun pertukaran majikan tertakluk kepada syarat.

3. Akhirnya, SME terpaksa naikkan gaji untuk kekalkan pekerja atau berdepan masalah tenaga kerja. Atas kertas dikecualikan, dalam pasaran tetap kena tekan.

Rekod kenaikan gaji beberapa tahun lepas dan kesannya


1. Gaji minimum bukan baru naik sekali. Pada 2022, kadarnya dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,500.

2. Kemudian pada Oktober 2024, kerajaan mengumumkan kenaikan kepada RM1,700, dilaksanakan mulai Februari 2025 dan berkuat kuasa sepenuhnya pada Ogos 2025.

3. Sekarang mahu naik lagi kepada RM2,000. Itu tambahan 17.6% daripada RM1,700, dan kenaikan terkumpul 67% berbanding kadar awal RM1,200 pada 2022.
Info Yang Anda Cari:
4. Persoalannya, produktiviti dan kemampuan perniagaan sudah naik sebanyak itu juga ke?

5. Kalau tidak, kos tambahan boleh dipindahkan kepada harga barang dan perkhidmatan, menekan kos sara hidup serta daya saing perniagaan. Pekerja yang gajinya naik mendapat manfaat, tetapi rakyat yang gajinya kekal turut menanggung risiko harga lebih mahal.

6. Pekerja asing juga menikmati gaji minimum. Sebahagian tambahan pendapatan mereka boleh dihantar pulang ke negara asal, sedangkan kos tambahan ditanggung perniagaan di sini dan berpotensi dipindahkan kepada pengguna Malaysia.

Renungkanlah!!

Sumber:
• Facebook
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki mereka. Tapi tu la gaji min naik, barang pun ikut naik.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Advertisement

Total Pageviews

About Us


Aynorablogs - (sejak 2011). Portal info terbaik, resepi & lifestyle..
DMCA.com Protection Status