Advertisement

Bajet 2027 - Pencen Terendah Naik RM1,350 Sebulan

Bajet 2027 - Pencen Terendah Naik Kepada RM1,350 Sebulan. | Belanjawan MADANI 2027 menyaksikan peningkatan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, yang bakal memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka yang telah menabur bakti kepada negara.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia

Tahniah kepada para pesara dan yang berkenaan dengannya kerana dapat naik amaun terendah pencen dari RM1,000 sebelumnya. Nilai RM1,350 amat bermakna kepada mereka yang memperoleh pencen sebanyak RM1,000 sebelum ini. Hanya yang tau je tau macam mana keperitan hidup dalam zaman ini, semuanya perlukan duit. Lebih lagi jika anda tinggal di bandar besar atau di pinggir bandar. Memang terasa sangat bebannya. Sedikit sebanyak berita Bajet 2027 ini melegakan mereka.
Info Yang Anda Cari:
Pemakluman Pencen Terendah bagi pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun. Ia dinyatakan oleh PMX dalam Bajet 2027 yang baru lepas.

Bajet 2027 - Pencen Terendah Naik RM1,350 Sebulan

Dengan pengumuman tersebut, ini akan memberi manfaat kepada hampir 59,000 pesara, veteran ATM, dan penerima pencen terbitan.

Butiran info:


Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2027. 
Kadar Baharu: RM1,350 sebulan (naik daripada RM1,000). 
Kumpulan Sasaran: Memanfaatkan hampir 59,000 orang pesara kerajaan, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan penerima pencen terbitan. 
Lain-lain Tambahan: Bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal secara sekali bayar (one-off) turut dinaikkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000 mengikut tempoh perkhidmatan

Tahukah Anda Siapakah Pihak Yang Memperoleh Pencen Terendah?


Tahukah Anda?

PEMBERIAN PENCEN SERENDAH-RENDAHNYA BAGI PERKHIDMATAN PENUH (PENCEN TERENDAH), SEKSYEN 22A AKTA PENCEN 1980 (Akta 227)

1. Pencen Terendah pada asalnya ditetapkan sebanyak RM180 sebulan pada 1980. Kemudian ia dinaikkan kepada RM280 mulai 1 Jan 2001.

2. Mulai 1 Januari 2009, Pencen Terendah ini telah dinaikkan secara mendadak daripada RM280.00 kepada RM720.00 sebulan. 3 tahun kemudian ia dinaikkan kepada RM820.00.

3. Mulai 1 Julai 2016, Pencen Terendah dinaikkan lagi daripada RM820 kepada RM950.

4. Terkini, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018, kadar Pencen Terendah dinaikkan lagi menjadi RM1,000 sebulan sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2018.

5. Syarat untuk melayakkan seseorang menerima pencen terendah hendaklah bagi anggota yang telah menyumbangkan dan berkhidmat dengan Kerajaan sekurang-kurangnya selama 25 tahun atau 300 bulan sebelum bersara wajib di bawah undang-undang pencen.

6. Malaysia merupakan antara beberapa buah negara di dunia sahaja yang mempunyai dasar pemberian pencen terendah kepada pesara Kerajaan.

Pemberian pencen terendah ini amat bermakna bagi berpuluh ribu orang pesara Kerajaan yang telah bersara sebelum tahun 2005 yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun namun disebabkan gaji pokok terakhir mereka rendah sebelum bersara, maka pencen bulanan juga rendah.

Jika anda seorang pesara, pernah berkhidmat selama 25 tahun dan ke atas sebagai penjawat awam namun pencen bulanan yang anda sedang terima sekarang masih di bawah RM1000, mohon hubungi dan datang ke pejabat kami segera supaya pelarasan dapat dibuat.

Hubungi bahagian pencen di talian 03-8887 8777 atau emailkan ke mypesara@kwap.gov.my

Marilah sama-sama kita terus berusaha dan berdoa agar negara kita semakin baik ekonominya, semakin makmur dan semakin tinggi pendapatannya supaya kadar ini tambah ditambah baik lagi di masa akan datang.


Sumber :
• Buletin TV3
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Advertisement

Total Pageviews

About Us


Aynorablogs - (sejak 2011). Portal info terbaik, resepi & lifestyle..
DMCA.com Protection Status