Sedikit info tentang jenama Bokitta. Bokitta ialah jenama fesyen Muslimah dan tudung siap pakai tanpa pin yang diasaskan di Beirut, Lubnan, pada tahun 2009 oleh Mubde Absi.
Bokitta ada banyak style dan saya beli untuk style Carre - iaitu hijab empat segi yang telah siap dijahit dan bercorakkan wild. Tudung Bokitta style Carre memang labuh depan dan belakang, serta bergetah di leher.


Info Yang Anda Cari:
Beli Tudung Bokitta Carre - Ala Tudung Bawal Instant
Tudung jenama Bokitta memang agak terkenal dengan tudung sarung yang bermacam gaya. Kebiasaan saya akan beli yang maxi voil, lebih labuh. Kenapa saya suka tudung jenama Bokitta? Sebab kain nya yang ringan dan tak perlu iron sangat.


![]() |
| Bokitta Gray Panther Carre - RM129-00 |
Gambar atas dan bawah - Bokitta wild edition. Ia menggunakan printed plus crincled chiffon. Ia sejenis kain chiffon yang tak perlu iron sangat, tak gosok pun tak apa.. best sangat sebab ia ringan. Kalau pakai sanggul pun tak tertarik ke belakang. 😂😂
![]() |
| Bokitta Wild Edition - Cocoa Fawn (RM129-00) |
![]() |
| Bokitta Essential Collection - Carre in Lilac (RM103-00), selepas voucher |
Tudung Bokitta Carre adalah tudung instant macam tudung bawal sarung dan tersedia dengan inner, tetapi kurang labuh. Jadi untuk lebih selesa, kita boleh memakai inner yang lebih panjang di dalam. Namun, jika korang memakainya dengan cardigen atau jaket di luar, tak pakai inner labuh pun tak apa. Tetapi terpulang kepada keselesaan masing-masing.
Lagi satu ikut pengalaman yang lepas, tudung Bokitta tak panas dipakai, selesa beberapa jam walaupun kita sedang berpeluh.
Bila Bokitta mengeluarkan style Carre - yang macam bawal instant.. terus saya grab. Takut habis stok. Kita wanita yang dah berusia ni suka tudung yang agak labuh dan instant. Betul tak?
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.