Advertisement

Dinner Ikan Unga Masak Kari Oleh Anak Bujang

Dinner Ikan Unga Masak Kari, Oleh Anak Bujang. Balik masuk dalam rumah dah bau harum mewangi kari ikan. Hilang penat balik kerja mendengarkan bunyi senduk kat dapur sedang kelentang kelentong.. kih kih.. nikmat mana lagi yang nak kau dustakan wahai manusia... Tugas saya hanya mandi, solat asar dan siram pokok sekejap. Nasi semua dah siap. Tapi, kalau dah orang bujang.. dia tak suka remeh banyak lauk atas meja. Dalam kuah kari ikan unga tu dia bubuh semua tomato, daun kari dan bendi. 

Dinner Ikan Unga Masak Kari Oleh Anak Bujang
Info Yang Anda Cari:

Dinner Ikan Unga Masak Kari Oleh Anak Bujang


Ikan unga ni boleh tahan mahal harganya. Encik Suami kata ikan unga spesis ikan laut dan isinya yang putih sedap di masak asam pedas dan kari. Asalnya saya nak beli ikan merah, tetapi tak ada stok. Lalu, ambil ikan unga. Untuk sebelah bahagian kepala harganya RM19.45. Saya tambah lagi 3 bahagian isi sahaja pun dah RM40.30 harganya. Memang harganya agak mahal sepertimana ikan merah. Dengan harga dekat RM60 macam la saya beli seekor ikan..😂😂

Dinner Ikan Unga Masak Kari Oleh Anak Bujang

Bahagian sebelah kepala ikan unga yang agak besar. Kami makan berdua, anak bujang soleh ku itu makan bahagian isi. Sedapnya si dia masak kari ikan, cukup rasa masin, lemak dan ada pedas sikit. Semua dia masak sekaligus. Penuh satu periuk. Seperti gambar di bawah ni..

Dinner Ikan Unga Masak Kari Oleh Anak Bujang

Bila tak habis, kami simpan baki kari ikan unga tu dalam freeze. Esok nak buat lempeng untuk sarapan. Cicah dengan kari ikan. Mesti best.. berangan dulu.😂😂 entah buat atau tidak tak tahu lah.

Jom kita berkenalan dengan ikan unga/ungah yang boleh juga tergolong dalam spesis ikan berikut di beberapa tempat / daerah yang berbeza:

Baca juga resepi ikan unga masak kari kaww!! , { Resepi Kari Ikan Unga}

Ikan unga/ ungar

1. Ikan Tanda (Russell's Snapper): Spesies Lutjanus russellii yang bersaiz lebih kecil dan mempunyai tompok hitam tersendiri pada badannya kadangkala dipanggil sebagai "unga tanda".

2. Siakap Merah (Mangrove Jack):
Nama saintifiknya ialah Lutjanus argentimaculatus. Spesies ini merupakan ikan unga sebenar yang paling kerap dirujuk oleh kaki pancing dan nelayan tempatan. Badannya berwarna kemerahan atau coklat gelap, sangat agresif, dan biasanya menghuni kawasan muara sungai serta paya bakau. 

3. Ikan Jenahak (Golden Snapper): Di sesetengah tempat seperti di kawasan pantai barat (contohnya Pontian atau Port Klang), istilah ikan unga turut merujuk kepada ikan Jenahak (Lutjanus johnii). Jenahak biasanya berwarna keemasan bersisik tebal. 

Sumber:

• Facebook 
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments

Advertisement

Total Pageviews

About Us


Aynorablogs - (sejak 2011). Portal info terbaik, resepi & lifestyle..
DMCA.com Protection Status