
Elakkan Meratapi Jenazah, Bersabar Dan Redha Adalah Lebih Baik
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan pakaian dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (meratapi kematian) ". - (HR Bukhari No: 3258) Status: Hadis Sahih
Mengapa Kita Dilarang Meratapi Jenazah?
Apakah sebabnya kita dilarang menangis dan meratapi jenazah? Cuba kita renungkan dan fikirkan kupasan di bawah.
1. Setiap Muslim perlu memiliki adab dan akhlak dalam setiap keadaan termasuk ketika melalui musibah seperti kematian orang yang disayang.
2. Perbuatan menampar muka, mencederakan diri atau mengoyakkan pakaian kerana meratapi kematian adalah dilarang.
3. Menangis dan bersedih kerana kehilangan orang yang disayangi tidak bercanggah dengan kesabaran. Namun bersabar dan reda diatas pemergian orang yang disayang dengan mengawal tindakan dan ucapan adalah dituntut.
Info Yang Anda Cari:
5. Rasulullah SAW mengajar doa:إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.”
6. Seorang Mukmin melihat kematian sebagai perpisahan sementara sebelum kehidupan akhirat, bukan pengakhiran segala-galanya.
7. Elakkan diri dengan amalan jahiliah dengan meratapi jenazah apabila berlaku kematian orang yang disayang.
Demikianlah asbab musabab kenapa kita tidak dibenarkan meratapi jenazah. Kita ada adab dan akhlak yang perlu dijaga walaupun ketika menghadap orang yang telah meninggal dunia. Jenazah juga perlu disantuni dengan ehsan dan kasih sayang.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.