Advertisement

Fadhilat Dan Kelebihan Surah Ali Imran

Surah Ali ‘Imran – adalah surah yang ketiga dalam tertib susunan Al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Baqarah - Surah yang kedua dalam juz yang ketiga. Ia adalah antara surah yang panjang dalam Al-Quran kerana mengandungi 200 ayat, meliputi 5/8 daripada juz yang ketiga & juzuk yang keempat. Ulama’ tafsir ijma’ mengatakan surah ini Madaniyyah, iaitu turun di Madinah selepas hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah. Ramai dari kalangan ulama’ tafsir menukilkan ijma’ dalam masalah ini.

Surah Ali ‘Imran yang mengandungi 200 ayat ini dan diturunkan di Madinah dinamakan Ali Imran kerana memuatkan kisah-kisah tentang keluarga Imran yang menyebutkan sejarah kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, persamaannya dengan Nabi Adam Alaihis Salaam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebutkan juga tentang kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa Alaihis Salaam.

Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan “Az Zahrawaani” (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini menyingkap perbagai perkara yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, kedatangan Nabi Muhammad ï·º, perang Uhud dan Badar, penjelasan tentang keimanan, hukum-hukum syariat dan sebagainya.

Fadhilat Dan Kelebihan Surah Ali Imran

Surah Ali Imran mengandungi banyak sekali keutamaan, fadhilat dan khasiat yang boleh dijadikan sebagai doa pelindung, pembuka rezeki, pengasih, perawatan dan doa.

Rasulullah ï·º bersabda: “Sesiapa mempelajari, menghafaz dan mengamalkan surah ini, dia mendapat balasan yang besar di sisi Allah SWT. Di akhirat kelak, surah ini akan berjalan bersama surah Al-Baqarah dengan melayang-layang seperti awan, teduhan atau payung. Ia berjalan di hadapan tuannya. Segala bahaya api neraka yang hendak mendatangi tuannya, ia akan menghalang dan mempertahankannya.”

Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan: “Sesiapa membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sehingga ke malam hari.”

Firman Allah SWT;

Ù‚ُÙ„ِ ٱللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َÙ€ٰÙ„ِÙƒَ ٱلْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙ‰ ٱلْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َآءُ Ùˆَتَنزِعُ ٱلْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َآءُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َآءُ ÙˆَتُذِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َآءُۖ بِÙŠَدِÙƒَ ٱلْØ®َÙŠْرُۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙ‰ْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ ﴿٢٦﴾

Katakanlah: “Ya Allah yang memiliki kerajaan! Dikau berikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dikau kehendaki, dan Dikau tarikkan (lenyapkan) kuasa pemerintahan itu daripada sesiapa yang Dikau kehendaki, dan Dikau muliakan sesiapa yang Dikau kehendaki dan Dikau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam tangan (kekuasaan) Dikaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” - [Surah Ali Imran 3: Ayat 26]

Fadhilat Surah Ali Imran

Ada banyak fadhilat dan khasiat dari surah Ali Imran yang boleh kita renungkan dan amalkan untuk kebaikan. Di antara khasiat surah Ali Imran ini dalam kehidupan adalah seperti berikut:

1 .Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali, Insya’Allah ia amat berkesan bagi jiwa orang yang sedang ditimpa musibah, kesusahan, kesempitan hidup kerana di dalamnya terkandung nama Allah Yang Agung.

2. Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit, Insya’Allah akan diampunkan dosanya.

3. Sesiapa membaca ayat 1-3 dari surah Ali Imran ini, Insya’Allah dia akan terhindar daripada segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

4. Ayat 1-4 jika dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat jadi pendinding, kebahagiaan dan menunaikan segala hajat

5. Ayat 8 jika diamalkan secara istiqamah selepas selesai solat fardhu, Insya’Allah akan menjadi orang yang jujur, taat ibadah, mendapat rahmat dari Allah SWT dan pembacanya akan mati dalam beriman (Husnul Khatimah).

6. Baca ayat 9 selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat mengembalikan barang yang hilang.

7. Jika diamalkan membaca ayat 7-9, Insya’Allah dapat menjadikan diri cerdik yang luar biasa.

8. Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa, terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 surah Al Imran untuk memohon keampunan dari Allah SWT.

9. Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari. Insya’Allah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.

10. Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat.

11. Nabi Muhammad ï·º bersabda kepada Saidina Muaz, “Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

12. Membaca surah Al Imran Ayat 31 iaitu ‘Ayatul Mahabbah’ jika diamalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.

13. Ayat 35 adalah sebagai wasilah untuk merawat sakit perut dan untuk berjaga-jaga agar tidak diserang sakit perut. Caranya baca ayat ke-35 selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak 3 kali. Insya’Allah dengan cara pengamalan ini kita akan selamat dari sakit perut. Bagi merawat orang yang sakit perut pula, tulis ayat ke-35 di pinggan putih lalu larutkan dengan air dan diberi minum kepada pesakit. Insya’Allah dengan berkat air tersebut, orang tersebut akan segera sembuh dari sakit perutnya.

14. Ayat 35-37 surah Ali Imran jika diamalkan atau dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat menjadi sebagai perlindungan kepada perempuan hamil atau sebagai pelaris.

15. Jika mempunyai masalah perniagaan yang masih ‘tidak menjadi’, amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37 sebagai doa pelaris. Diamalkan ketika mengerjakan sesuatu dan dibacalah juga setiap kali selepas solat fardhu.

16. Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika isteri sedang hamil, Insya’Allah akan dikurniakan seorang anak yang soleh.

17. Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad ï·º pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).

18. Ayat 73-74 boleh dijadikan pelaris dan memudahkan peminangan. Bacalah sebagai wirid ketika mengerjakan peniagaan atau urusan tersebut.

19. Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada binatang buas, liar, orang zalim atau tiupkan dalam air untuk di minum.

20. Sesiapa ingin disayangi, maka ada baiknya amalkan membaca ayat 103-104 dari surah Ali Imran setiap kali selepas solat sebanyak tujuh kali. Insya’Allah akan jadikan seseorang itu pengasih dan lembut hati.

21. Ayat 111-112 boleh dijadikan sebagai pendinding ketika menghadapi musuh. Bacalah sebanyak 3 kali sewaktu berhadapan dengan mereka.

22. Jika diamalkan membaca ayat 134-136, Insya’Allah dapat menjadi pelindung daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

24. Bagi menghentikan darah, bacalah doa dan ayat 144 sebanyak 3 / 7 kali sewaktu merawat kecerderaan mangsa. Insya’Allah akan segera berhenti.

24. Ayat 146-148 dapat menghilangkan rasa kekesalan dan kesedihan ketika menghadapi musibah jika sentiasa diamalkan membacanya.

25. Ayat 169-171 sekiranya diamalkan secara istiqamah selepas solat fardhu, Insya’Allah akan mendapat taufiq dan menjadi penerang hati.

26. Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir. Insya’Allah hati akan menjadi tenteram.

27. Jika dibaca “Hasbunallaah Wa ni’mal Wakiil” (ayat ke-173) sebanyak 450 setiap malam, Insya’Allah akan dicukupi semua keperluannya. Caranya dengan istiqamah mengamalkannya, kalau lupa hendaklah diqadhai.

Doa Dari Surah Ali Imran


Amalan doa dari surah Ali Imran ayat 8, di bawah ini boleh diamalkan selepas solat fardhu. Ia doa yang memohon ketetapan hati, hidayah dan rahmat kepada Allah SWT.

Maksudnya ; 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." 


Semoga perkongsian di atas dapat memberikan hikmah, pengajaran dan mendapat fadhilatnya kepada kita semua. Usah berhenti mencari maksud di sebalik ayat-ayat al Quran kerana di dalamnya mengandungi rahsia yang kita tak terjangka atas kekuasaan Allah berserta kisah-kisah pengajaran.


Sumber:

1. Shafiqalbu - untuk bacaan penuh

Post a Comment

0 Comments

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes

About Us

Aynorablogs - (sejak 2011) - Perkongsian himpunan resepi, infostyle & tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status