Info Yang Anda Cari:
Dinner Kulat Sisir Masak Lemak Dengan Telur
Bila sebut kulat sisir, si bujang macam pelik je muka dia. Memang ni pertama kali buatnya dan mintak dia masak tengok YouTube. Pandai-pandailah nak.. cuma saya cakap masak lemak kuning dan kemudian pecahkan telur.

Inilah hasil kejadiannya [gambar atas] setelah kulat sisir siap dimasak. Telur tu memang stay seketul, tak nak hancur. Punyalah berjimat, dia letak 3 ketul telur je 😅😅

Dia pun ada masak chicken strip sekadar goreng rangup, tetapi dihiris menjadi potongan lebih kecil. Mudah nak dimakan.

Last sekali tempe goreng dengan bawang putih. Cuma tumbuk kunyit, garam bersama bawang putih, letak air sedikit dan kemudian gaul dengan tempe yang telah dipotong nipis. Kalau suka saiz tebal pun boleh. Goreng dalam minyak terendam.

Kami dinner sebelum Maghrib, supaya lepas maghrib tak perlu tergesa-gesa nak makan sebab perut lapar. Boleh duduk lama sikit atas sejadah sambil tunggu Isyak.
Okey.. selamat berehat semua dan semoga hari esok akan bersinar cerah untuk kita semua.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.