Buah Ciku VS Buah Kiwi

aynora nur | 09 November, 2011,9:00 AM |
Advertisement
Resepi/Desert Buah Ciku

Bahan-Bahan:

5 biji buah ciku
2 biji strawberry
krim putar
1 cawan susu cair
gula
krim cair

Cara:

1.buah ciku dan strawberry di potong dadu.
2.susu cair ci campur dengan krim cair.
3.campurkan buah ciku dan strawberry ke dalam campuran susu cair dan krim cair.
4. masukkan campuran tadi kedalam bekas desert yang boleh dibakar.
5.taburkan gula di atas campuran dan bakar didalm microwave atau menggunakan gas spray.
6.sapukan krim putar keatas desert ciku untuk melazatkan lagi desert ini.
7.masukkan ke dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:

Makan ketika sejuk lebih sedap.

 

**Pokok Ciku dan buahnya

 

**Isi buah ciku, boleh dimakan dengan kulitnya sekali 



 

**Pokok Kiwi dengan buahnya


 

** Isi buah Kiwi



Ciri2 Pokok Ciku

Pokok :
Pokok ciku adalah pokok yang kecil hingga sederhana besar. Kanopinya berbentuk piramid semasa kecil dan agak bulat apabila dewasa. Pokok ciku mempunyai cabang yang rendah dan kadar pembesarannya rendah.
Daun :
Daun ciku agak tebal, berkilat dan berwarna hijau tua. Pucuk muda berwarna keperangan dan kesat. Daunnya tersusun secara berpusar di hujung ranting. Daun tua berbentuk bujur telur, tirus di hujung, berukuran antara 5 – 13 cm panjang dan 3 – 6 cm lebar. Tulang daun jelas kelihatan manakala urat-urat daun tidak begitu ketara.

Bunga :
Bunga ciku bersaiz kecil ( 1- 1.5 cm). Biasanya bunga terbit dari aksil daun dan kadang-kadang dari hujung ranting. Bunga mempunyai enam kelopak yang bercantum dan ditutupi dengan enam sepal berwarna keperangan.

Buah :
Bentuk buah ciku berbeza mengikut klon iaitu dari bulat hingga lonjong. Buah yang matang boleh mencapai saiz 5 –8 cm panjang dan 4-6 cm lebar. Purata berat lebih kurang 120 g, kulitnya nipis, kasar dan berwarna coklat. Masa yang terbaik untuk petik buah ialah apabila buah itu matang dan boleh disimpan 3 - 5 hari. Isi buah yang masak adalah lembik, berwarna coklat. Beraroma, manis dan berair.

Biji :
Buah ciku mengandungi 1-6 bijibenih dan berwarna hitam berkilat. Bijinya keras, berbentuk bujur leper dan tajam di hujungnya.


Khasiat

Buah ciku kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. Bagi tiap-tiap 100 gm bahagian yang boleh dimakan, ciku mengandungi:

82 kcal
79.1 g
0.4 g
0.8 g
18.4 g
0.9 g
0.4 g
16 mg
4 mg
2.3 mg
21 mg
31 mg
        0.01mg
0.06 mg
2.8 mg
6.5 mg
Tenaga
Air
Protein
Lemak
Karbohidrat
Fiber
Abu
Kalsium
Fosforis
Zat besi
Natrium
Kalium
Vitamin B1
         Vitamin B2
Niasin
Vitamin C



Buah ciku juga boleh dibuat jem, jus, kepingan ciku kering dan ditinkan dalam bentuk kepingan untuk membuat sherbet dan kandi. Selain itu, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pektin, glukosa dan jeli. Di negara lain seperti Amerika Latin, pokok ciku digunakan untuk mengekstrak ‘chicle gum’.




Khasiat buah Kiwi


Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang mudah.

Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi.

Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus. Dengan pengambilan buah kiwi pada setiap hari, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.

** sumber internet, google, yahoo
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Buah Ciku VS Buah Kiwi"

mmg banyak khasiat buah2 an ni..m3h x berapa suka mkn ciku,kalo kiwi ok la ckit..hee

suke sgt buah ciku n kiwi..terliur nk mkn..
tgah alahan ni..nt nk sruh suami blikan..

Saya pun suka kedua-duanya. dah banyak khasiat dan mudah dimakan.

suke sgt buah kiwi ngn ciku..tgh mengidam ni..jap lg suh suami belikan...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top