Sinopsis Drama Korea 49 Days

aynora nur | 28 February, 2014,12:30 PM |
Advertisement
Korean Time! : 49 Days | Kenangan menonton drama korea berjudul 49 Days membuatkan saya teringin kongsikan dengan korang semua. Drama Korea 49 days antara drama korea yang saya gemari, dengan tema cerita yang agak unik dan konflik cerita yang mendebarkan. Siapa menyangka sahabat baik sendiri dalam diam selama bertahun-tahun bercinta dengan kekasih sendiri dan yang sadisnya merancang untuk memusnahkan syarikat keluarga kita!! Memang geram, sedih dan benci semua ada ketika menonton drama ini.



Plot Drama Korea 49 Days:


49 Days merupakan drama fantasi tetapi bergenre romantik. Ia kisah tentang seorang wanita muda cantik dari keluarga kaya, Shin Ji-hyun (Nam Gyu-ri) yang akan berkahwin dengan tunangnya, Kang Min-ho (Bae Su-bin).
Gambar poster 49 Days

Tetapi, sebelum mengecap kebahagiaan, Ji-hyun mengalami kemalangan kereta yang membuatkan dia koma. Ketika koma, macam-macam peristiwa terjadi dimana roh Ji-hyun bertemu dengan seorang penjaga kematian, Song Yi-soo (Jung Il-woo) yang mengatakan belum waktunya untuk dia mati. Ji-hyun diberi kesempatan oleh Song Yi-soo supaya boleh sedar dari dari koma dan hidup semula.

Namun itu semua ada syaratnya, iaitu dia harus memenuhi misinya iaitu mengumpulkan air mata dari tiga orang selain keluarganya yang benar-benar menyayanginya dengan ikhlas dalam waktu 49 hari. Kerana terlalu ingin bersama lagi dengan tunangnya Min-ho, maka Ji-hyun mengambil alih tubuh Song Yi-kyung (Lee Yo-won), seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe.


Pelakon utama Drama 49 Days

Hidup Song Kyi-yung begitu sunyi dan sedih kerana kehilangan kekasihnya dalam kemalangan sehingga dia selalu mahu bunuh diri. Ji-hyun yang kini dalam tubuh Song Yi-kyung merasakan lebih mudah baginya untuk memenuhi misinya kerana teringat kepada kedua sahabat baiknya dan Min-ho. Ji-hyun kemudian mendapatkan pekerjaan di sebuah restoran milik seorang temannya ketika di kolej dahulu iaitu Han Kang (Jo Hyun-jae).

Apakah Shin Ji-hyun berjaya memenuhi misinya dalam waktu 49 hari? Apakah semuanya akan berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh Ji-hyun?

Sinopsis Lengkap 49 Days Episode 1- 20

Yang bestnya, akhirnya Ji-hyun dapat tahu bahawa Han Kang menyukainya sejak dari sekolah menengah lagi. Han Kang jugalah yang banyak membantunya dalam misi Ji-hyun membongkar pengkhianatan teman baik dan tunangnya sendiri.

p/s: Boleh tengok cerita ini kat Dramastyle.com. Memang best!! Di saluran ONE HD 393 sekarang sedang ulang tayang Drama Korea 49 Days ni, jom tengok, jangan ketinggalan...

#Republish entry...
Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
14 Komen untuk "Sinopsis Drama Korea 49 Days"

mcm bes je cerita ni....
dulu minat jugak tgk cite² korea nih..melayan sajer
lani...lama da tak layan korea nih...
nnti nk try tgk jugak la...

dah lama tak tengok citer korea...

Ena kena tengok kat youtube ataupun website yg saya tulis kat atas tu..

tak berkesempatan nak tengok drama korean ni..huhu=__='

haha...amended the title already

Start 14 Februari ni, pukul 6.30 ptg. actually ini siaran ulangan. Dah pernah tayang tahun 2012 dulu

msredcheesecake..citer sedih...masa tengok dulu saya menangis je..hihi. sekarang siaran ulangan kat saluran 393 HD

drama kore ini salah satu drama korea terbaik dengan kisah sang sangat mengharukan dan enak di tonton

akak xfollow tapi anak2 mmg demam korea..:P

ya ke? citer ni best, tema pun unik. lain dari yg lain.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top