Khasiat Buah Epal

aynora nur | 29 July, 2013,7:33 AM |
Advertisement
Khasiat Buah Epal - Epal adalah sejenis buah-buahan yang berasal dari Asia Barat, di mana leluhur liarnya masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Baka epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari benih yang sama.



Pokok epal kecil dan berdaun luruh, mencapai ketinggian 3 hingga 12 meter (9.8 hingga 39 kaki), dengan silara yang lebar dan selalunya amat beranting. Daun-daunnya disusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas. Bunga epal mekar pada musim bunga, serentak dengan percambahan daun. Bunganya putih dengan baur merah jambu yang beransur pudar dan ada lima kelopak. Buahnya masak pada musim luruh, dan biasanya berukuran 5 hingga 9 sentimeter (2.0 hingga 3.5 in). Teras buah epal mengandungi lima karpel yang tersusun seperti bintang lima mata, setiap satunya mengandungi satu hingga tiga biji benih. (sumber wikipedia)

Saya ada cerita dan memori mengenai bua epal ini. Sewaktu mengandung anak kedua dahulu, saya terlalu sukakan buah epal. Tak kira yang hijau ataupun epal merah, tetap menjadi santapan sehari-hari. Dalam satu hari saya boleh memakan 10 biji epal...
Mengikut bacaan saya, anak yang dilahirkan bakal memiliki kulit yang putih dan rambut keperangan. Memang betul apa yang saya alami, anak kedua saya berkulit putih dan berambut keperangan. Namun begitu antibodinya sedikit lemah berbanding mereka yang memakan buah limau ketika hamil.

Namun begitu, banyak khasiat epal yang boleh kita ketahui apabila membaca artikel ini hingga ke akhirnya.

Khasiat Epal Hijau


Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.



Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


Khasiat Epal Merah 


1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, beta karotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.




2) Kandungan agen antioksidan yang terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6) Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.


Selamat menjaga kesihatan anda!
Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Khasiat Buah Epal "

tak berpa nk suka epal.. suka buah tempatan lagi.. tapi buat jus memang sedap..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top