Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mudah Merawat Cirit Birit

Cara Mudah Meredakan Cirit Birit - Pasti anda mengalami nasib yang serupa seperti saya ketika tibanya musim perayaan iaitu terkena cirit birit (diarrhea). Sewaktu hari raya ke empat dan kelima, kebanyakan ahli keluarga kami diserang cirit birit. Entah di mana silapnya makanan yang dimakan atau kami terlebih makan, masing-masing berlumba-lumba 'marathon' ke tandas...

Itulah cerita-cerita masam manis & perit raya kami sekeluarga...namun semangat beraya tetap diteruskan juga.


Daun jambu batu juga boleh merawat cirit birit

Punca Diarrhea atau Cirit-birit 

1) Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya. Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Jika cirit-birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku.

2) Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum. Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin. Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus. Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan. Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut.

Cara Merawat Cirit Birit Tanpa Ubatan


Masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh reda dengan sendiri. Kaedah pemakanan yang sesuai boleh membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang.

Penggantian cecair dan garam mineral yang telah diambil terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Di antara kaedah yang boleh diikuti ialah:

1. Berikan larutan yang mempunyai garam mineral dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, ubat boleh didapati daripada kedai farmasi atau klinik.

2. Berikan makanan yang mudah dihadam (makanan yang lembut).

3. Bagi kanak-kanak, susu berfomula yang tidak serasi dengan mereka mungkin perlu ditukarkan.

4. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan.

5. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

Petua Mudah Merawat Cirit Birit


Ada juga saya terbaca tentang perkara ini di majalah wanita yang mencadangkan petua merawat cirit birit yang mudah. Antaranya:

1. Ambil 1 sudu teh dan bancuh dengan air panas tanpa gula. Anggaran 1 sudu dicampur dengan setengah cawan air sahaja (biar pekat). Minum air teh pekat tersebut sekerap yang boleh hingga cirit birit berkurangan.

2. Ambil beberapa keping daun jambu batu dan tumbuk hingga lumat. Perah air daun jambu batu tersebut dan minum airnya. In sha Allah cirit birit itu akan sembuh.

3. Ambil sesudu madu asli dan minum dengan air suam. Minum 3 kali sehari untuk hasil yang lebih cepat.

Cara-cara merawat cirit birit di atas tadi hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang mengalami diarrhea yang kurang teruk. Bagi mereka yang mengalami masalah diarrhea yang kronik dipersilakan untuk bertemu dengan doktor, ok...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. thanks share info ni... pucuk jambu batu tu petua org lama blh juga...

    ReplyDelete
  2. pada owner blog sila setting semula domain anda... sila tick di redirecting aynoranur.com to www.aynoranur.com kat seting dashboard...

    cuba buat dulu.. sbb bila enter blog anda tanpa www dia error

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close