Ciri-Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung

aynora nur | 10 February, 2014,4:34 PM |
Advertisement
Ciri-Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung - Siapa yang dilahirkan sebagai anak sulung kat sini? Sila angkat tangan...hihi. Just joking! Saya bukanlah anak sulung ataupun kedua. Jadi artikel yang saya kongsi dan kupas nanti bukanlah berkaitan dengan diri saya. Ianya hanya sebagai panduan dan bacaan saya untuk lebih memahami karekter anak saya...

Apa rasanya dilahirkan sebagai anak sulung? Rasa terbeban? Adakah anda rasa selalu diperhatikan? Atau tempat orang tua anda menggantung harapan? Adakah dilahirkan anak sulung mendapat imuniti dalam banyak hal? Yang mana anda setuju? Meh kita baca kupasan berikut yang saya ambil dari beberapa sumber.

Ciri-Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung


1) Bersikap pelindung

Anak sulung tentulah memiliki sifat sebegini kerana mereka merasakan diri mereka ketua, abang atau kakak dan mahukan adik-adiknya berasa selamat. Sebagai anak sulung, siapa yang suka adik perempuan mereka diganggu oleh budak lelaki nakal yang suka mempermainkan wanita? Tentulah abang sulung yang merupakan anak sulung ni akan melindungi adik perempuannya walau dengan apa cara sekalipun.


 

Lagi satu anak sulung bukan sahaja bersikap 'protective' kepada adik beradiknya malahan kepada ibu bapa mereka juga. Jangan ada sesiapa yang memperlekehkan orang tua yang di sayangi, pasti akan terima akibatnya! Adakah anda juga begitu wahai anak sulung?

2) Bertolak ansur

Bukannya menyerah kalah atau tidak mahu menang. Tetapi sikap terpuji anak sulung adalah mudah bertolak ansur dan tidak bergaduh untuk berebutkan sesuatu. Lebih-lebih lagi anak sulung yang jauh jaraknya dengan si adik. Oleh kerana dia sudah berasa puas dan mendapat apa yang sepatutnya, anak sulung ini akan merasa rela hati untuk memberikan barang-barangnya kepada si adik.

3) Ego/Degil

Selain dari itu, anak sulung ada juga egonya tersendiri. Oleh kerana merasakan dirinya anak pertama atau anak sulung, dia merasakan dirinya lebih pandai. Maka, jangan suka-suka mencabar ego anak sulung jika tidak cukup bekalan...haha! Anak sulung tidak suka diarahkan membuat itu dan ini, kerana mereka sudah lama dan biasa melakukannya bersendirian. Jadi, biarkan sahaja mereka asalkan apa yang mereka lakukan itu tidak memudaratkan orang sekelilingnya. Betul tak?




4) Berjaya dalam hidup

Lagi satu yang saya nampak, anak sulung sering berjaya dalam hidup. Ini disebabkan mereka mahu menjadi tauldan yang baik untuk adik-adiknya. Apabila anak sulung berjaya dalam hidup, ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa pun boleh tumpang bangga, betul tak mak bapak?

5) Lebih pandai ambil hati orang tua

Anak sulung memang pandai menjaga hati orang tua. Ini terbukti di depan mata saya sendiri. Abang sulung saya sangat komited terhadap kebajikan orang tua kami dan pandai mengambil hati, manakala kawan baik saya pun sangat ambil berat tentang orang tuanya walaupun dia tinggal beribu batu jauhnya dari mereka. Lagi-lagi dalam zaman teknologi canggih sekarang ni, guna apa sahaja cara pun boleh untuk tunjukkan keperihatinan kita.

6) Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak sulung memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi secara semulajadi! Ini kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya iaitu adik-adiknya, memastikan keselamatan mereka dan adik beradik mereka terpelihara.


 

Tanggungjawab anak sulung bukan sahaja setakat memastikan makan pakai adik beradiknya mencukupi tetapi merangkumi juga perbelanjaan pelajaran dan hal-hal berkaitan menyelesaikan masalah peribadi mereka. Jadi, tanggungjawab anak sulung memang besar dan luas terutamanya bagi yang berjantina lelaki.   

7) Pemerhatian yang tajam 

Anak sulung memiliki pemerhatian yang tajam. Bak kata pepatah, 'Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya.' Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah dilalui, selalu menjadi pemerhati di dalam keluarganya dan juga agak cepat dewasa, jadi anak sulung lebih senang faham masalah dan kerenah orang di sekelilingnya.

8) Tidak pandai memujuk

Hai! Anak sulung tidak pandai memujuk? Kenapa agaknya eh? Kerana mereka sendiri jarang dipujuk ketika proses tumbesaran berlaku. Ini kerana kebiasaannya anak sulung akan dibiarkan memujuk diri sendiri kerana ibu bapa berpendapat anak sulung harus kuat dan matang. Ibu bapa akan mengajarkan mereka keberanian dan hidup berdikari. Jadi bukan salah ibu bapa jika mereka berfikiran begitu kerana itu semua dilakukan untuk kebaikan jangka panjang anak-anak mereka.



9) Pendiam/cool

Benarkah anak sulung bersikap pendiam? Ya, mungkin ada benarnya. Apabila berkumpul antara adik beradik, saya perhatikan anak sulung akan menjadi pendengar yang setia. Sesekali menyampuk dan tersenyum penuh makna. Dalam diam sebenarnya dia gembira melihat adik beradiknya bahagia. Dan dalam diam juga anak sulung sebenarnya penyimpan rahsia yang ulung! Anak sulung pandai menyimpan kesusahannya.

Jadi anak sulung tidak digalakkan untuk mencari pasangan daripada jenis yang sama. Bukannya apa, kalau dua-dua pendiam apa kesudahannya?? Haha...fikirlah sendiri.

10) Sukar melupakan orang yang dia sayang

Benarkah anak sulung sukar melupakan orang yang dia sayang atau pernah sayangi? Yang ini kena check dengan anak sulung...hihi. Tapi jika ikut pemerhatian saya terhadap beberapa orang kawan baik yang secara kebetulan pun anak sulung, nampaknya ada kebenaran fakta tersebut.


Shhhh...anak sulung memang setia kut! Walaupun telah berkahwin dengan pasangan masing-masing, di dalam hati masih terpahat kukuh nama sidia! Walaupun tidak berjaya sehidup semati, mereka rasional menerima kenyataan tetapi kekal menyayangi di dalam hati. Hah! Sah kan anak sulung memang sukar melupakan sesuatu yang pernah mereka sayangi.

11) Senang memaafkan orang 

Anak sulung mudah memaafkan orang lain. Terutamanya terhadap adik beradiknya sendiri. Bagi anak sulung, tidak ada gunanya menyimpan dendam di dalam hati. Mereka bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Sebab itu jika diperhatikan, ramai anak sulung yang kena 'buli' dengan adik-beradiknya. Namun begitu kerana sikap memaafkan yang ada pada anak sulung inilah membuatkan dia disayangi ramai. 



Selain daripada fakta-fakta di atas, ada juga saya terbaca mengatakan anak sulung juga kuat cemburu, manja dan pemurah hati serta agak degil. Sebenarnya banyak karekter dan personaliti anak sulung yang boleh dikaji lagi. Ternyata bukan mudah juga untuk menjadi anak sulung walaupun orang kata kuasa veto di tangan mereka!

Kepada anak sulung di luar sana samada lelaki atau wanita, anda sebenarnya istimewa. Dan bajalah kepercayaan yang diberikan dengan sifat-sifat yang terpuji dan penuh keikhlasan.

##Good luck! 
Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
26 Komen untuk "Ciri-Ciri Dan Rahsia Personaliti Anak Sulung "

saya anak sulung. hehehe.

From,

Nasz

www.nasznadzeri.com

haha...abang long ek? Ada karekter yg sama tak?

akk anak sulong...yh no 9 n 11 tu paling tepat...lain2 tu tak kena ngan akk...hheee

Akak saya anak sulung, Yapp. dia memang degil and ego. Muehehe :P

hehehe...karekter setiap orang berbeza-beza kan?

Ada kena jugak..nasib baik saya belum kena lagi...haha

abg/kak long selalunya tegas eh..garang sampai adik2 ank sedara semua takut nak bersuara...itulah hakikatnya dlm family sy...but luckyly sy dilahirkan sbg ank kedua.

Tak semua kerekter anak sulung sama, tetapi ada sikit2 yang kena...tapi kebanyakan anak sulung memang cool...tenang je

ciri² memang patut ada pada anak sulong..sy anak bongsu..mesti agak kontra sikit.hehehe

Anak bongsu yang ada mesti manja! Itu tak boleh lari..

semua yg di perincikan tu semua betul da pada anak sulung...kdg2 diri sendiri tnya balik,perlukah rasa terasing dengan pa yg cuba ibu bapa kita lakukan...biarpn anak sulung,tp xperlulah bias terhadap anak yg lain...

selalunya begitulah, antara anak sulung dgn anak yg akhir, contra dlm banyak segi dan personaliti

ada yang sama...saya anak tengah...hehe

saya terasa dengan semua point di atas... tepat sekali!!! :)

memang betul!! lagi2 part yang mudah memaafkan orang tu.. even someone dah buat something teruk kat ina, ina still akan maafkan dia.. ina takut nanti benda yang sama jadi kat ina di masa akan datang bila orang pulak tak nak maafkan ina..

betul la nih...saya rasa saya macam tu la.. hihi

Saya pun anak sulung...ada la juga sedikit sebanyak karakter tu :)

Hihi...harap yg positif je, kan... :)

kebetulan ada juga betulnya pada anak sulung saya

Iya lah, ramai kata ada yg sama...kebetulan kan?

99.99℅ sama... tq,penulisan yg baik dan bmakne buat kami😂

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top