Namun ada juga petua tradisional yang boleh lebatkan kening dan tersusun cantik. Di sini saya kongsikan cara mudah untuk lebatkan bulu kening. Jangan ikut cara saya ehhh...

Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening
1. Dengan menggunakan sebiji buah keras, kening anda akan jadi lebat secara semula jadi. Ambil buah keras dan sagat, kemudian air buah keras itu tadi boleh disapu di bahagian kening. Anda boleh amalkan pada setiap malam sebelum masuk tidur. In Shaa Allah kening akan berubah jadi lebat dan cantik.
2. Cara lain melebatkan kening ialah bakar buah kelapa tua, ambil minyaknya dan amalkan sapu pada bulu kening.
3. Cara seterusnya melebatkan bulu kening, ramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam. ALOE VERA ini hanya ambil lendir sahaja, lakukan beberapa hari dan lihatlah hasilnya.
Petua-petua melebat dan mencantikkan kening boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.