Maksud Muqassah Dalam Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Kerajaan

aynora nur | 12 February, 2014,9:53 AM |
Advertisement
Maksud Muqassah Dalam Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Kerajaan - Yang ini saya keluar sikit dari skop niche blog saya. Ada pertanyaan daripada pelanggan saya tentang maksud muqasah dalam surat tawaran pinjaman perumahan SPPI yang mereka terima.

Terma Muqasah hanya untuk kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan Islamik (SPPI) di bawah prinsip SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM MENGIKUT PRINSIP AL-BAI' BITHAMAN 'AJIL. 

Maksud Muqassah Dalam Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Kerajaan




"Muqasah" bermakna satu amaun kurangan daripada jumlah keuntungan asas yang telah ditetapkan oleh Kerajaan


Untuk memungkinkan Penerima Biaya terus menikmati kadar keuntungan 4 % setahun, prinsip Muqassah akan diamalkan dalam setiap ansuran bayaran balik pembiayaan selagi Penerima Biaya itu berkhidmat dengan Kerajaan dan tidak melakukan kemungkiran.
 
Prinsip Muqasah juga diamalkan bagi Penerima Biaya yang bersara wajib dan menerima pencen bulanan, atau Penerima Biaya yang memilih Bersara Secara Pilihan dan bagi Penerima Biaya yang ingin menyelesaikan Harga Jualan lebih awal.

Prinsip Muqasah tidak boleh dinikmati bagi Penerima-penerima Biaya yang:

(i) Meninggalkan perkhidmatan;
(ii) Gagal membuat ansuran bayaran balik pembiayaan selama satu bulan atau lebih;
(iii) Melakukan kemungkiran; dan
(iv) Sebab-sebab lain seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari website berikut: 
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
15 Komen untuk "Maksud Muqassah Dalam Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Kerajaan"

terima kasih diatas perkongsian ini..alhamdulilah..dapat ilmu baru.. :-)

Assalamualaikum aynora.. ohh baru paham maksudnya. terima kasih ye sharing...

apakah perbezaan diantara sebelum muqasah dan selepas muqasah.Dalam erti kata lain,ansuran sebelum muqasah dan ansuran selepas muqasah..?

Sebelum muqassah ialah kiraan bayaran balik pinjaman kerajaan yang dikira dengan kadar 4% selama tempoh pinjaman itu diikat, contohnya 35 tahun. Jadi ia belum diberikan rebate. Jadi, bayran ansuran selepas muqassah adalah jasa baik kerajaan memberikan dahulu (in advance) rebate kepada kita dengan andaian kita tidak berhenti kerja, bayaran balik cantik, tak ada tertunggak walaupun satu bulan, dan lain2 sebab. Jumlah rebate yg dikira berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh bahagian pinjaman perumahan. Itu sebabnya ansuran selepas muqassah jauh lebih murah...Ini yg saya faham dari pengalaman saya...t/kasih.

salam,

saya ingin bertanya, adakah jumlah bayaran ansuran untuk pinjaman sppi jauh lebih tinggi daripada sppp?

terima kasih

This comment has been removed by the author. - Hapus

Wasalam...biasanya dalam surat tawaran SPPi menunjukkan keseluruhan bayaran balik, contohnya untuk tempoh 30 tahun, dengan kadar yang telah dipersetujui termasuk jika ada untung dan rugi dalam urusan tersebut. So, nampak lebih mahal berbanding pinjaman SPPP.

Sedangkan untuk pinjaman SPPP ia hanya menunjukkan kadar pinjaman dan bayaran balik pada kadar semasa pinjaman itu diproses. Jika ada turun naik ia akan dikira kemudian. Maksudnya ada tambahan bayaran balik jika kadar pinjaman asas meningkat. Wallahua'lam

As'salam...saya nak tanya bila kita bayar ansuran bulanan tolak gaji, so jumlah ansuran bulanan akan ikut selepas muqassah? tqvm

W'salam...betul tu. jumlah ansuran bulanan lepas muqassah.

Salam. Sy nak tanya mmg dlm agreement kna tulis hrga sebelum muqasah ke? Takut bila dh sign agreement kna byr mcm harga dlm agreement 2 pulak

Wasalam..dalam agreement memang kena masukkan harga sebelum muqassah dan harga selepas muqassah. Kandungan agreement mesti sama seperti dlm surat tawaran. Anda hanya byr ikut harga selepas muqassah dengan SYARAT anda mematuhi peraturan2nya, seperti bayaran balik cantik, tidak berhenti kerja dan lain2 sebab yg telah ditetapkan.

assalamualaikum...sy nk ty apabila dah smpai di peringkat loan diluluskan, boleh ke sy nk tukar lowyer lain?agreemnt sale n purchase belum sign lg? adakah sy kene byr fees kepada lowyer lama dan baru juga?

Waalaikumussalam
Loan kerajaan ke? Sebab bila loan kerajaan telah lulus bermakna anda telah sign agreement sale & purchase. Tidak boleh tukar lawyer utk SPA tetapi boleh guna lawyer sendiri untuk loan.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top