Jadual Carta Aurat Seorang Wanita Dengan Ajnabi Dan Mahram

aynora nur | 29 August, 2014,3:56 PM |
Advertisement
Jadual Carta Aurat Seorang Wanita Dengan Ajnabi Dan Mahram - Apa yang dimaksudkan dengan aurat? Apa yang saya baca dari buku dan internet aurat maksudnya aib kita, keaiban. Manakala kalau dari segi istilah syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang asing) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.


Jadual Carta Aurat Seorang Wanita Dengan Ajnabi Dan Mahram




Sumber: Google


Jadual carta aurat di atas adalah untuk seorang wanita dengan mahramnya atau ajnabi. Mari kita selusuri dan ambil tahu tentang aurat wanita dengan golongan yang disebutkan di atas.

Apa yang dikatakan ajnabi?


Ajnabi adalah orang yang bukan mahram dengan kita atau dengan kata lain lelaki-lelaki yang asing. Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Maksudnya AJNABI = BUKAN MAHRAM!! Mudah difahamkan, ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya. Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB menjaga auratnya. Perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja. Begitulah juga halnya antara lelaki dan perempuan ajnabi, tidak boleh tengok aurat mereka, apatah lagi berdua-duaan! HARAM hukumnya.

Ajnabi bagi wanita (seperti yang tertera warna merah di dalam jadual aurat di atas) adalah abang ipar, anak saudara lelaki ipar, suami ibu saudara, adik angkat lelaki, sepupu lelaki dan seterusnya. Dan lelaki asing yang langsung tidak mempunyai pertalian darah.
   

Apa yang dikatakan mahram?


Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita.

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. Begitu juga dengan lelaki. Contoh mahram perempuan ialah bapa kandung, bapa mertua, anak kandung, anak tiri(anak suami) dan lain-lain.

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;

1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Untuk bacaan dan kefahaman lanjut, bolehlah merujuk ke website berikut: http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-wanita.html

Selamat membaca, sebar dan amalkan.
Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Jadual Carta Aurat Seorang Wanita Dengan Ajnabi Dan Mahram"

Assalamualaikum.. nice sharing. nampak macam remeh tapi kena amik perhatian. alhamdullilah. semoga perkongsian ini menjadi rujukan semua yang beragama Islam...

Alhamdulillah Sheila, untuk peringatan dan catatan kepada diri sendiri juga..

Alhamdulillah dijumpakan dengan sharing ni. Yelah kadang kadang kita tersilap pandang kan bila bersama sanak saudara terutama dihari raya dan majlis majlis besar. Terima kasih.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top