![]() |
Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Terubuk Masin |
Actually, nak masak benda ni pun mudah saja. Asalkan tahu asas memasak lemak cili padi, pasti boleh punya.
Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Terubuk Masin
Bahan-bahannya:
3 ekor ikan terubuk masin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai
15 biji cili padi
1 inci halia
Nenas
1 inci Kunyit hidup
1 kotak santan
Garam
Gula
Cara membuatnya:
1. Rendamkan ikan terubuk masin selama setengah jam bagi mengurangkan masinnya
2. Tumis bahan yang dikisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan kunyit. Boleh juga gunakan serbuk kunyit jika tiada kunyit hidup. Masukkan juga serai yang diketuk bagi menaikkan kesegaran baunya. Biarkan seketika hingga naik minyak.
3. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan sedikit air
4. Masukkan ikan terubuk masin. Biarkan mendidih.
5. Campurkan garam dan gula mengikut citarasa.
6. Akhir sekali masukkan nenas yang dipotong dadu.
7. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
sedapnya! terliur di tengahari ni. heehehhee
ReplyDeleteHihiiii...tq :)
DeletePost a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.