Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

30 Jenis Barangan Sifar GST

30 Jenis Barangan Sifar GST | Apa itu GST? GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang pernah dikenakan sebelum ini.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.


30 Jenis Barangan Sifar GST


GST sifar bermaksud pengguna tidak perlu membayar apa-apa GST atas setiap barangan dan perkhidmatan yang dibeli.

Peniaga (pengilang, pemborong dan peruncit) pula boleh menuntut input tax daripada kerajaan sekiranya ada barangan yang diperlukan untuk menghasilkan produk akhir dikenakan GST.

Beras pasti akan dikenakan GST pada kadar sifar. Bermakna pengguna tidak akan membayar GST untuk belian beras di kedai runcit atau supermarket.

30 jenis barangan sifar GST adalah:

1. Binatang ternakan hidup meliputi lembu, kerbau, selembu, seladang, khinzir, bebiri dan kambing

2. Daging binatang ternakan segar dan sejuk beku termasuk bahagian dalaman

3. Ayam dan itik hidup

4. Daging ayam dan itik segar dan sejuk beku termasuk bahagian dalaman

5. Telur ayam dan itik, telur segar atau telur masin

6. Semua jenis ikan hidup, segar, didinginkan (chilled) dan sejuk beku (kecuali ikan perhiasan).


 


7. Hidupan air lain yang hidup, segar, didinginkan (chilled) dan sejuk beku seperti crustaceans (ketam, udang, udang kara), molluscs (tiram, kepah, sotong, siput) dan lain-lain seperti gamat dan jellyfish.

8. Ikan kering, ikan masin termasuk ikan bilis (kecuali smoked fish)

9. Sayur-sayuran seperti tomato, bawang, kobis, lobak, timun termasuk kekacang, asparagus, cendawan, labu, kentang samada segar, sejuk beku atau jeruk (in brine)

10. Buah-buahan segar ataupun diimport

11. Rempah ratus seperti asam jawa, asam keping, cili kering, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pala dan halia

12. kelapa termasuk kelapa parut

13. Padi dan beras termasuk beras pulut, basmathi dan beras perang

14. Tepung gandum, tepung attar, tepung beras dan tepung sagu

15. Kacang dhal

16. Gula pasir termasuk kasar dan halus 

17. Garam

18. Minyak masak kelapa sawit, kelapa dan kacang tanah

19. Cencaluk, budu dan belacan

20. Serbuk teh, kopi dan koko

21. Bihun, laksa, mee kuning dan kue teow.

22. Roti putih dan roti wholemeal

23. Susu bayi berumur 0 hingga 36 bulan

24. Semua jenis bahan bacaan dan suratkhabar termasuk buku kerja pelajar, novel, ensiklopedia, buku cerita, buku resepi, buku rujukan dalam semua bidang, buku berkaitan agama, kitab-kitab agama serta suratkhabar (kecuali majalah serta buku yang bukan bahan bacaan seperti diary, buku tulis, buku log, buku simpan kira seperti buku lejar dan jurnal)

25. Ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Nasional Daripada 2,900 jenis ubat diperluaskan kepada 4,215 jenama ubat

26. Barang yang dibekalkan dari Malaysia ke Langkawi, Tioman dan Labuan

27. Barang bekalan untuk pelayaran dan penerbangan dan barang ganti.

28. Bekalan air dirawat untuk bekalan domestik

29. Bekalan elektrik bagi 300 unit pertama untuk kegunaan domestik

30. Bekalan bahan mentah dan komponen di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan.    

Semoga bermanfaat. Sebarkan dan kongsikan jika anda rasa info GST di atas berguna untuk kebaikan orang lain. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close