Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semak Online Syarikat Yang Boleh Mengenakan GST Di Taxpayer Access Point (TAP)

Semak Online Syarikat Yang Berdaftar Mengenakan GST - Di Taxpayer Access Point (TAP) pengguna boleh menyemak syarikat yang telah berdaftar secara sah untuk memungut GST. Kita mesti menyemak status pendaftaran syarikat yang telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengenakan cukai GST.

Pengguna juga bertanggungjawab memastikan cukai GST dibayar hanya kepada syarikat yang benar-benar telah mendaftar.

Semak Online Syarikat Yang Berdaftar Memungut GST Di Taxpayer Access Point (TAP)


Kita boleh menyemak di ‘Taxpayer Access Point’ (TAP) yang terdapat di laman web JKDM iaitu,

https://gst.customs.gov.my/TAP


Paparan skrin di bawah akan kelihatan. Pergi SEARCH dan klik Lookup GST Status




Pengguna kemudian diminta untuk klik di bahagian semakan status GST (Lookup GST Status) dan mereka boleh melakukan semakan dengan memasukkan sama ada nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau nombor GST yang telah didaftarkan.

Ikut pengalaman saya, saya masukkan nombor pendaftaran syarikat, ianya lebih mudah.



Jika terdapat padanan melalui mana-mana satu daripada maklumat yang dimasukkan, ia bermakna syarikat tersebut boleh mengenakan GST, seperti gambar di atas yang saya buat terhadap syarikat tersebut.

Dalam kes di mana tiada padanan bermaksud syarikat tersebut didapati tidak mendaftar, namun masih mengenakan GST kepada pengguna, mereka boleh mengemukakan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk diambil tindakan.

Jika syarikat anda telah mendaftar, namun tiada sebarang maklumat direkodkan dalam sistem, sila hubungi pejabat GST Kastam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/pengguna-boleh-8232-semak-status-syarikat-1.68769#sthash.U06Me9Ol.dpuf

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close