Resepi Sup Telur Dengan Kentang

Sup telur dengan kentang adalah antara resepi kegemaran keluarga kami terutamanya ketika tiada selera nak makan atau ada antara ahli keluarga yang demam. Selain resepi sup telur ni mudah disediakan, ia juga kaya dengan protein.

Resepi sup telur dengan kentang



Resepi Sup Telur Dengan Kentang


Bahan- bahan:

5 biji telur
2 biji kentang - potong 8 bahagian
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
3 tangkai daun sup
2 biji cili padi - diketuk
1 batang lobak - dihiris atau dipotong bulat
1 bungkus kecil bawang goreng umtuk hiasan
3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara menyediakannya:

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik baunya.

2. Masukkan 3 cawan air. Kemudian, masukkan lobak dan kentang dan biarkan ia masak.

4. Bila kentang telah empuk, pecahkan telur. Kecilkan api. Biarkan telur masak.

5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa (jika suka) dan akhir sekali bawang goreng serta daun sup sebagai hiasan.

Resepi sup telur dengan kentang


6. Sup telur dengan kentang siap untuk dihidangkan. Mudah dan cepat menyediakannya.

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. I am really inspired together with your writing abilities and also with the format for your weblog.
    Is this a paid subject matter or did you modify it yourself?
    Anyway stay up the excellent high quality writing, it is rare to look a nice
    blog like this one nowadays..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.