Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap

Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap. Orang buat biskut saya pun nak buat jugak. Tetapi saya suka mencuba biskut yang mudah, murah dan yang penting lazat. Sehingga menjadi idaman seisi rumah. Kalau buat biskut suji ni kena ada mood dan ketika ada musim perayaan. Barulah kuih biskut suji itu habis dimakan. Kalau tidak, alamatnya bertahun lah kuih muih tradidional itu tidak terusik.

Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap
Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap, Gambar ehsan: ketoombar.blogspot

Teringat saya satu ketika dahulu. Orang dok sebut kuih suji, kata senang la, sedap laa...masuk mulut hilang. Iya ke? Saya pada mulanya tak minat kuih suji ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab baunya kut...hihi...

Selepas saya makan satu jenis biskut suji di rumah mak cik saya, tak ingat mak cik yang mana...saya terus suka. Dah lah saiznya comel-comel belaka. Dan warnanya macam sama aje...warna krim susu gitu. Memang betul, masuk mulut hilang...masuk ke perut...

Biskut suji ada bermacam-macam jenis dan bentuknya, antaranya adalah biskut suji asli, biskut suji pelangi, biskut suji crystal, biskut suji susu dan banyak lagi. Yang mana satu kegemaran anda? Bagi saya, yang asli dan original dan tradisional lagi menyengat. Dah lah mudah, sedap pulak tu...

Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap  Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap


Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap 


Baiklah.

Resepi biskut suji mudah dan paling sedap ini saya kongsikan dari blog yatie memories. Memang ada banyak resepi kat blog tersebut. Jomlah pegi blogwalking katsitu...


Bahan-bahan:

  • 250 gm minyak sapi
  • 150 gm gula aising
  • 150 gm tepung suji
  • 300 gm tepung gandum
  • 30 gm susu tepung
  • secubit garam
  • ceri merah/hijau - untuk hiasan
  • cawan kertas secukupnya

Cara-Cara Menyediakan Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap


1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang. Anda tahu kan minyak sapi? Atau dipanggil juga Ghee dalam bahasa inggeris.

Minyak sapi dibuat dari mentega tanpa garam yang direneh, dimana ia diletakkan dalam periuk sehingga kesemua air telah habis dididh dan sehingga protein mendap atau mendak ke bawah. Kemudian, cecair lemak susu dicedok pelahan-pelahan tanpa menggangu mendakkan susu yang berada dibawah. Tidak seperti mentega, minyak sapi mampu bertahan lama untuk simpanan walaupun tidak diletakkan didalam peti sejuk. Namun, ia perlu diletakkan dalam simpanan yang kedap udara sebagai mengelakkan dari pengoksidaan dan dapat kekalkan kelembapannya. {Sumber: Wikipedia}

2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan susu tepung. Tahu tepung suji? Beli aje kat kedai, saya beli yang macam di bawah ni..


Resepi Biskut Suji Mudah Dan Paling Sedap

3. Adunkan hingga jadi doh yang lembut. Rehatkan 15 minit.

4. Bulatkan dan masukkan dalam mangkuk kertas.

5. Hiaskan dengan ceri yang telah dihiris kecil. Tak kisah ceri warna merah, hijau atau kuning pun boleh.

6. Bakar selama 20 minit sehingga masak

7. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba resepi biskut suji mudah dan paling sedap di atas. Sayangilah kuih tradisi kita. Kalau anda nak tengok banyak lagi resepi biskut dan kuih muih yang sedap dan mudah, bolehlah tengok buku ini., : KUIH MUIH DAN BISKUT TRADISIONAL



Read More ....


Post a Comment

11 Comments

  1. Assalamu'alaikum mcm mne nak tau kita nak bakar sehingga masak tu ye?

    ReplyDelete
  2. Bpe kepanasan nak kene guna utk masak kuih ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepanasan antara 180 darjah , bakar selama 20 minit

      Delete
  3. Salam. Terima kasih post resepi ni. Skrg kuih suji semua jenis yg rangup n keras. Susah nak cari yang jenis lembut. In Shaa Allah saya nak cuba buat minggu ni. Ni mmg jenis yg cair di mulut kan? Hehe atuk saya suka yg jenis mcm tu n sgt susah nak cari resepinya huhu bersyukur sgt terjumpa resepi ni.

    ReplyDelete
  4. Salam. Gula aising kalau tukar jadi gula kastor boleh ke? Bukan apa sbb saya desperately nak hasil suji yg lembut dan cair di mulut. Takut gula aising tu keraskan dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. gula aising boleh, sebab dah ada minyak sapi. ia jadi lembut. nak guna gula kastor pun okay.. insyaa Allah jadi lembut.

      Delete
  5. SUSU TEPUNG NAK GUNA SUSU TEPUNG APA YE ?

    ReplyDelete
  6. SUSU TEPUNG NAK GUNA SUSU TEPUNG APA YE ?

    ReplyDelete
  7. tepung gandum, teoung suji nK kene guna brapa je

    ReplyDelete
  8. Lembik je. Tak jadi pon doh ikut sukatan tu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close